BAHAGIAN TEKNOLOGI DIGITAL​

Bahagian Teknologi Digital

Objektif

  • Menyediakan rangkaian perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berkesan bagi menyokong program Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).

Fungsi

  • Mengurus pembangunan, pengoperasian, penyelenggaraan sistem/aplikasi/portal Jabatan serta pemantauan aplikasi e-Kerajaan;
  • Memberi khidmat bantuan penyelenggaraan mel elektronik;
  • Menguruskan operasi sokongan sistem aplikasi ICT Jabatan;
  • Meningkatkan kemahiran dan kepakaran kompetensi dan membudayakan penggunaan ICT kepada warga dan pelanggan;
  • Mengurus infrastruktur dan keselamatan ICT, pusat data dan rangkaian Jabatan;
  • Menguruskan operasi pusat pemulihan bencana ICT;
  • Menguruskan aset dan kemudahan ICT; dan
  • Menguruskan operasi sokongan teknikal ICT.

Piagam Pelanggan

  • Menyelesaikan masalah berkaitan dengan peralatan ICT dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan;
  • Menyelesaikan masalah berkaitan dengan perisian komputer dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan;
  • Menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem aplikasi maklumat sedia ada dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan;
  • Menyelesaikan masalah berkaitan e-mel dan internet dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh aduan;
  • Membangunkan sistem aplikasi baru dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh permohonan; dan
  • Memastikan ketersediaan capaian Portal Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia adalah 97%.