17 Mar 2026Infografik 2026
17 Mar 2026Infografik 2026
PENGURANGAN KADAR TOL DI PUSAT PEMERIKSAAN WOODLANDS DAN TUAS MULAI 2 MAC
jonathan2023-10-27T16:28:29+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="3511" img_size="full" alignment="center"][vc_column_text]SINGAPURA, 9 Feb -- Mulai 2 Mac, Singapura akan mengurangkan kadar tol bagi kereta, bas dan teksi di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA).
“Ini berikutan pengurangan kadar tol untuk kereta, bas dan teksi di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (LINKEDUA) pada 2 Feb 2020,” menurut laman web LTA.
Di pusat pemeriksaan Woodlands, kadar tol untuk kereta dan bas akan dikurangkan masing-masing sebanyak S$0.20 kepada S$0.80 dan S$0.60 manakala teksi sebanyak S$0.10 kepada S$0.40.
Sementara itu, di pusat pemeriksaan Tuas, kadar tol akan dikurangkan sebanyak S$0.40 kepada S$2.10 untuk kereta, teksi (S$0.30 kepada S$1.60) dan bas ($0.50 kepada S$2.50), ketika waktu puncak.
Di luar waktu puncak, kadar tol untuk kereta akan dikurangkan sebanyak S$0.20 kepada S$1.10, teksi (S$0.20 kepada S$0.80) dan bas (S$0.30 kepada S$1.20).
LTA berkata ia juga akan melancarkan perkhidmatan digital baharu bagi membolehkan pemilik kenderaan awam iaitu bas dan teksi yang didaftarkan di negara-negara ASEAN membuat permohonan Permit Kenderaan Perkhidmatan Awam ASEAN melalui laman web OneMotoring (www.onemotoring.com.sg) mulai 10 Feb.
Pihak berkuasa itu berkata permohonan itu mesti dikemukakan sekurang-kurangnya tujuh hari bekerja sebelum memasuki Singapura.
"Inisiatif ini akan memudahkan pemilik kenderaan dan menambahkan rangkaian perkhidmatan digital sedia ada untuk kenderaan pendaftaran asing," katanya.
Ia adalah permohonanVEP/Kad Autopass dalam talian untuk kereta dan motosikal pendaftaran asing; permohonan dalam talian Permit Kenderaan Barangan/Kad Autopass untuk kenderaan barangan pendaftaran ASEAN; dan mengemas kini rekod kenderaan untuk kereta dan motosikal pendaftaran asing dalam talian.
-- BERNAMA
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1812570[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
10 Feb 2020Infografik 2020
PENGURANGAN TOL BERI IMPAK EKONOMI KEPADA PELANCONGAN MELAKA
jonathan2023-10-27T16:28:31+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="3298" img_size="full" alignment="center"][vc_column_text]MELAKA, 1 Feb -- Langkah pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd (PLUS) bermula hari ini dijangka akan memberi impak ekonomi yang lebih positif kepada kerajan negeri Melaka khususnya dalam sektor pelancongan.
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata pengurangan kadar tol itu bukan sahaja dapat membantu peningkatan kedatangan pelancong domestik ke negeri itu malah pelancong antarabangsa khususnya dari Singapura.
"Tujuan utama kerajaan mengurangkan kadar tol ialah untuk memberi kemudahan kepada masyarakat untuk berhubung antara satu negeri dengan negeri yang lain menggunakan lebuh raya pada harga yang lebih menjimatkan.
"Pada masa sama ia memberi impak ekonomi kepada Melaka yang terkenal sebagai negeri pelancongan dan kami mengharapkan lebih ramai lagi akan berkunjung," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Taman Betam Setia dan Taman Cheng Setia di sini, hari ini.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus akan diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi iaitu kelas 1, 4 dan 5 bagi Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) serta kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 bagi Jambatan Pulau Pinang.
Sementara itu, Adly berkata sebanyak 38,300 RMM akan dibangunkan di negeri itu dalam tempoh lima tahun bermula tahun lepas dan daripada jumlah itu, sebanyak 19,545 RMM dibangunkan agensi kerajaan negeri dan swasta.
Katanya sebanyak 18,755 dibangunkan Kerajaan Persekutuan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia, Syarikat Perumahan Nasional Berhad, Perumahan Penjawat Awam Malaysia dan Jabatan Perumahan Negara.
"Daripada jumlah itu juga, sebanyak 4,166 RMM telah siap dibina tahun ini, sedang dalam pembinaan (20,366 unit) dan telah mendapat kelulusan dan akan dimulakan pembinaan dalam masa terdekat (13,768 unit).
"Harga RM180,000 RMM yang ditawarkan ini sudah amat mampu dimiliki dan projek RMM merupakan satu keperluan yang kami di peringkat negeri akan terus melaksanakannya dengan kerjasama swasta dan kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) untuk memilik RMM, kerajaan negeri melalui Amanah Finance House menawarkan pinjaman pembiayaan deposit pembelian rumah tersebut sebanyak 10 peratus bagi membantu mengurangkan beban rakyat untuk memiliki rumah terutama mereka yang tidak mempunyai simpanan.
-- BERNAMA
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1810833[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
03 Feb 2020Infografik 2020
PENGURANGAN KADAR TOL BERITA BAIK BUAT RAKYAT JOHOR
jonathan2023-10-27T16:28:31+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="3295" img_size="full" alignment="center"][vc_column_text]KULAI, 2 Feb -- Kerajaan negeri menyifatkan pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd mulai semalam, merupakan berita gembira buat rakyat di negeri ini terutama mereka yang bekerja di Singapura.
Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata langkah baik kerajaan Persekutuan itu juga sekali gus dilihat dapat membantu mengurangkan beban pengguna jalan raya.
“Semua sedia maklum, ramai rakyat Johor yang bekerja di Singapura dan mereka menggunakan lebuh raya...jadi pengurangan kadar tol ini merupakan satu berita baik kepada rakyat Johor,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri Bukit Batu, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS termasuk Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) yang merupakan antara laluan utama ke Singapura selain Tambak Johor.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Batu Jimmy Puah Wee Tse yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri.
-- BERNAMA
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1810935[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
03 Feb 2020Infografik 2020
KADAR TOL PLUS DITURUNKAN 18 PERATUS TAHUN INI
jonathan2023-10-27T16:29:05+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="2506" img_size="full" alignment="center"][vc_column_text]KUALA LUMPUR, 16 Jan -- Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menyifatkan keputusan kerajaan untuk mengurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus sebagai langkah prihatin bagi mengurangkan beban kewangan rakyat.
“Ini adalah langkah permulaan yang baik,” kata eksekutif pemasaran sebuah syarikat, Brandon Lee, 28, kepada Bernama.
Penganalisis data, Nurul Nadya Nasarudin, 31, berkata pengurangan kadar tol dapat menjimatkan perbelanjaannya memandangkan beliau menggunakan lebuh raya itu ke pejabat hampir setiap hari.
“Saya membelanjakan sebanyak RM100 sebulan untuk tol bagi perjalanan pergi dan balik saya. Jadi, saya bersyukur dengan pengurangan ini dan berterima kasih kepada kerajaan jika mereka melaksanakannya,” katanya.
Pengamal media, Nurhafizah Tan, 31, berkata sekiranya pengurangan kadar tol dilaksanakan, beliau boleh membelanjakan wang lebihannya untuk keperluan harian yang lain.
“Sejak saya berpindah ke Puncak Alam dua bulan lepas, saya membelanjakan sebanyak RM10 sehari untuk lebuh raya PLUS sahaja. Selepas ini kalau betul pengurangan kadar tol ini direalisasikan, saya boleh guna duit lebih itu untuk minyak, makan dan keperluan lain,” katanya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan berkata kerajaan tidak akan menjual Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Malaysia Berhad tetapi telah memutuskan untuk mengurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus.
--BERNAMA[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
17 Jan 2020Infografik 2020
KERAJAAN TIDAK JUAL PLUS ,TETAPI KADAR TOL AKAN DIKURANGKAN – PERDANA MENTERI
jonathan2023-10-27T16:29:05+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="2500" img_size="full" alignment="center"][vc_column_text]KUALA LUMPUR, 16 Jan — Kerajaan memutuskan untuk tidak menjual Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Malaysia Bhd tetapi syarikat konsesi perlu mengurangkan kadar tol, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata PLUS, syarikat konsesi lebuh raya terbesar negara ini akan kekal bersama Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Beliau berkata ia adalah keputusan terbaik selepas mempertimbangkan pandangan daripada banyak pihak termasuk Kabinet.
"Kita telah mengkaji semua tawaran yang dibuat oleh sektor swasta dan juga oleh Khazanah dan pada akhirnya kita memutuskan bahawa cara terbaik bukan untuk menjual PLUS kepada sesiapa tetapi untuk mengekalkannya dengan Khazanah dan KWSP," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks An-Nur Balai di ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sini hari ini.
"Mereka perlu mengurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus tetapi sila ingat bahawa 18 peratus ini ditetapkan pada kadar hari ini yang bermakna dalam masa 30 tahun kadar tol akan sangat rendah," katanya kepada pemberita selepas
Khazanah memiliki kepentingan 51 peratus dalam PLUS manakala KWSP memegang baki 49 peratus.
Dr Mahathir berkata pengurangan 18 peratus akan bermula tahun ini tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
Menjawab solan lain beliau berkata jumlah trafik pada tahun-tahun yang akan datang mungkin meningkat tetapi ini tidak mungkin berlaku untuk kuasa pembelian ringgit, yang bermaksud bahawa "apa yang mereka (pemegang konsesi) mendapat selepas itu tidak sebesar orang fikir mereka akan buat, "
“Kerana kita menetapkannya pada kadar sekarang, dan ia akan menjadi kadar rata, tolak 18 peratus. Ini bermakna walaupun trafik mungkin berkembang tetapi pendapatan tidak akan sebesar konsesi asal, "katanya.
Dr Mahathir berkata rakyat akan mendapat faedah dari segi kos yang lebih murah kerana pengurangan kadar tol.
— BERNAMA[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
16 Jan 2020Infografik 2020
KERAJAAN KEKAL BEKU KENAIKAN KADAR TOL BAGI BANTU RAKYAT
jonathan2023-10-27T16:29:06+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="2192"][vc_column_text]PETALING JAYA, 9 Jan -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan keputusan membekukan semua kenaikan kadar tol di seluruh negara tahun ini, sebagai usaha untuk terus membantu rakyat, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata keputusan itu diambil dalam usaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat walaupun kerajaan terpaksa menampung kos membayar pampasan lebih RM1 bilion kepada pengendali-pengendali tol.
"Sungguhpun kerajaan telah membekukan kenaikan kadar tol tahun ini, rakyat perlu ingat bahawa apabila kadar tol dibekukan maka kerajaan perlu bayar ganti rugi (pampasan).
"Ini bukan satu angka yang kecil, tentu lagi banyak (wang) kerana kadar (tol) meningkat," katanya pada sidang media selepas menghadiri hari bertemu pelanggan di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya, di sini hari ini.
Beliau berkata, kerajaan perlu menanggung lebih RM1 bilion susulan keputusan itu.
Lim berkata rakyat masih boleh menikmati kadar lama di semua tol dan perkara itu akan diteruskan oleh kerajaan PH.
Beliau turut menzahirkan kekesalan kerana kurangnya liputan berhubung keputusan kerajaan mengekalkan keputusan membekukan kenaikan kadar tol yang memberikan impak besar kepada rakyat berbanding isu lain.
Pada 2019, kerajaan membekukan kenaikan kadar tol di 21 lebuh raya di seluruh negara bagi semua kelas kenderaan, berdasarkan kepada rasa tanggungjawab kerajaan PH untuk meringankan beban sara hidup yang dipikul rakyat.
-- BERNAMA[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
09 Jan 2020Infografik 2020