SOALAN LAZIM (FAQ)

Sejarah penubuhan jabatan dikatakan bermula dari tarikh penubuhan Department of Publicity and Printing pada September 1945. Jabatan ini disusun semula untuk disesuaikan dengan pentadbiran sivil mulai 1 April 1946 dan diberi nama baru iaitu Jabatan Perhubungan Raya (Department of Public Relations). Pada tahun 1950, nama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) mula digunakan dengan tugas-tugas yang lebih tersusun dan diperluaskan. JAPEN kemudian diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1961.

Visi Jabatan Penerangan Malaysia ialah menjadi peneraju komunikasi kerajaan yang berwibawa. Misi jabatan pula adalah untuk memasarkan maklumat kerajaan secara strategik melalui pelbagai kaedah komunikasi.

Fungsi utama Jabatan Penerangan Malaysia adalah untuk memasar maklumat dasar-dasar negara bagi meningkatkan kefahaman dan sokongan rakyat kepada kerajaan semasa; memperluas jaringan hubungan komunikasi menerusi pelbagai program komunikasi bersemuka; membangun kandungan digital yang kreatif dan inovatif mengenai dasar-dasar negara melalui platform media sosial; menghasilkan dan menerbitkan bahan penerbitan dan bahan komunikasi visual mengenai dasar-dasar negara; memantau dan mengurus isu-isu semasa untuk meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat; menyediakan khidmat pengurusan kepada media dan perkhidmatan perundingan perhubungan awam kepada agensi kerajaan; dan mengurus khidmat sokongan bagi pengurusan dan pentadbiran meliputi sumber manusia, kewangan, pembangunan dan khidmat teknikal.
  1. Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik;
  2. Bahagian Gerak Saraf Dan Pengurusan Isu;
  3. Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan;
  4. Bahagian Komunikasi Visual Dan Seni Reka;
  5. Bahagian Media Dan Komunikasi Korporat;
  6. Bahagian Media Siber;
  7. Bahagian Perhubungan Antarabangsa;
  8. Bahagian Penerbitan Dasar Negara;
  9. Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat;
  10. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia; dan
  11. Bahagian Teknologi Digital.
Pertandingan Pengisahan Kenegaraan bertujuan memberi peluang kepada rakyat Malaysia menzahirkan pendapat dan pandangan menerusi medium seni serta budaya. Pertandingan ini juga bermatlamat meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap pelbagai isu kenegaraan melalui penyampaian cerita berdasarkan skrip dengan menggunakan kaedah komunikasi bersemuka yang berkesan. Bagi memperkukuh penyampaian, peserta dibenarkan menggunakan pelbagai alat bantuan media seperti komputer, muzik, bahan visual, teknik pencahayaan dan elemen sokongan lain bagi menarik minat serta meningkatkan penghayatan penonton.
Fungsi PENTARAMA ialah menyampaikan maklumat rasmi kerajaan secara bersemuka kepada pelbagai peringkat masyarakat melalui hiburan pentas. Ia disasarkan untuk memberi pendidikan tidak formal kepada audiens dalam membentuk sikap positif supaya masyarakat menyokong dasar dan aktiviti kerajaan.
Koleksi foto boleh ditempah di Pusat Sumber dan Fotografi, Aras 9, Menara Komunikasi, Lot 49G, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pertadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat pembelian gambar secara dalam talian melalui portal MyFoto.

Maklumat kenegaraan boleh diperoleh melalui portal MyFoto yang turut menghimpunkan koleksi foto pelbagai peristiwa penting negara, termasuk sambutan kemerdekaan, tokoh-tokoh negara serta pelbagai acara dan peristiwa bersejarah lain.

Harga jualan foto adalah mengikut kategori iaitu foto biasa (foto liputan dalam tempoh antara kosong (0) hingga lima (5) tahun), foto sejarah (foto liputan dalam tempoh lebih lima (5) tahun); dan foto eksklusif (foto pemimpin negara, monumen dan mercu tanda negara).

JENIS
GAMBAR
KATEGORI
BIASASEJARAHEKSKLUSIF
HARGA (DALAM NEGARA)
Bukan
Komersial
RM80RM120RM200
KomersialRM160RM240RM350
Papan Iklan
(Billboard)
RM250RM350RM500

Harga (luar negara) yang ditetapkan bagi semua jenis gambar dalam setiap kategori adalah sebanyak USD250.

*Kelulusan: Perintah Fi (Fotografi) (Jabatan Penerangan Malaysia) 2024. P. U [A]211.