- BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK
- BAHAGIAN GERAK SARAF DAN PENGURUSAN ISU
- BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN KEWANGAN
- BAHAGIAN KOMUNIKASI VISUAL DAN SENI REKA
- BAHAGIAN MEDIA DAN KOMUNIKASI KORPORAT
- BAHAGIAN MEDIA SIBER
- BAHAGIAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
- BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA
- BAHAGIAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
- BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
- BAHAGIAN TEKNOLOGI DIGITAL
- UNIT INTEGRITI
Bahagian Komunikasi Visual Dan Seni Reka
Objektif
- Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang komunikasi visual khususnya pameran, grafik, multimedia, pusat sumber dan fotografi ke arah mencapai objektif Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN);
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran dalam bidang komunikasi visual kepada semua agensi Kerajaan;
- Meningkatkan kefahaman masyarakat umum mengenai dasar-dasar Kerajaan melalui Pameran Bersepadu yang mengabungkan beberapa aktiviti seperti peraduan mewarna buku kenegaraan, nyanyian lagu-lagu kenegaraan, persembahan multimedia dan lain-lain aktiviti yang mempunyai impak;
- Mendokumentasi dan memelihara satu koleksi bahan foto yang terkumpul sejak tahun 1948 di Perpustakaan Foto; dan
- Memberi perkhidmatan rujukan dan membuat salinan bahan foto untuk kegunaan bahan visual JAPEN khususnya dan pihak-pihak lain yang memerlukan.
Fungsi
- Merancang strategi dan program komunikasi visual yang berkualiti dan berkesan di dalam dan luar negara;
- Mereka bentuk dan menerbitkan pelbagai bahan multimedia untuk pameran, penerbitan dan kegunaan laman web;
- Melaksanakan liputan foto rencana bagi tujuan kempen, penyelidikan dan arkib JAPEN;
- Menyediakan khidmat senireka yang berkualiti berpandukan kepada falsafah, pemikiran, budaya dan tradisi negara;
- Menyediakan dan memberi khidmat kepakaran dalam perolehan dan penggunaan bahan foto serta perkhidmatan pusat sumber komunikasi untuk tujuan rujukan, penyelidikan dan khazanah negara;
- Mengadakan kerjasama strategik dengan pihak berkuasa tempatan dan pengusaha papan iklan digital dan konvensional; dan
- Mengadakan program strategik dengan pasaraya dan organisasi swasta bagi menjalankan rancangan penyampaian dasar dan polisi Kerajaan.
Piagam Pelanggan
- Memberi perkhidmatan komunikasi visual dan seni reka yang berkualiti, menarik dan berkesan;
- Menghasilkan reka bentuk dan reka letak mengikut kehendak pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;
- Memastikan reka bentuk yang disediakan adalah bermaklumat, berkualiti dan mengikut keadaan semasa;
- Memberi khidmat kepakaran komunikasi visual dalam konsep pameran, reka bentuk bahan-bahan penerbitan, publisiti luar, fotografi dan multimedia yang bermutu dan menarik;
- Menyediakan perkhidmatan liputan fotografi secara profesional untuk acara rasmi Kerajaan;
- Mengurus dan memproses permohonan dan tempahan foto kepada pelanggan di Perpustakaan Foto dalam tempoh empat (4) hari bekerja;
- Menyediakan ruang yang kemas dan selesa serta bahan rujukan yang terkini di Pusat Sumber JAPEN;
- Menyediakan perkhidmatan pencarian maklumat dengan lebih sistematik, pantas dan tepat secara dalam talian menggunakan sistem iFoto; dan
- Menyediakan laporan maklum balas tentang aktiviti dan program yang dijalankan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.