BAHAGIAN GERAK SARAF DAN PENGURUSAN ISU

Bahagian Gerak Saraf Dan Pengurusan Isu

Objektif

  • Mewujudkan sistem pemantauan serta amaran awal kepada Kerajaan melalui penyediaan maklum balas perisikan yang lengkap, tepat, bersepadu serta berwibawa di peringkat negeri dan nasional;
  • Mengekal dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan menerusi pendekatan komunikasi strategik bagi memenangi minda rakyat; dan
  • Mewujudkan kesedaran dan penghayatan rakyat Malaysia yang mantap dan kukuh bagi memupuk nilai-nilai murni, semangat patriotisme dan cintakan negara.

Fungsi

Merangka, merancang dan mengurus pelaksanaan gerak saraf serta pengurusan isu secara strategik melalui pemantauan media dan lapangan, risikan, kajian sikap serta penyediaan laporan analisis sentimen, persepsi dan isu semasa, termasuk naratif dan mesej utama komunikasi melalui:

  • Melaksanakan program dan aktiviti gerak saraf;
  • Menyedia naratif dan mesej komunikasi;
  • Menjalankan aktiviti risikan (isu/politik) di lapangan;
  • Memantau dan menyediakan laporan media sosial/media online;
  • Menyedia Laporan Reaksi Am (LRA)/Kajian Pendapat Awam (KPA);
  • Menyedia Laporan Khas (LK)/Laporan Isu Setempat (LAPIS); dan
  • Menyedia laporan bencana/politik/keselamatan.

Piagam Pelanggan

  • Menyediakan laporan isu semasa sebelum pukul 12.00 tengah hari pada setiap hari bekerja untuk perhatian Ketua Jabatan;
  • Menyediakan maklum balas isu semasa yang lengkap, tepat dan bersepadu dalam tempoh 24 jam sebagai sistem amaran awal kepada Kerajaan;
  • Menyediakan laporan isu-isu semasa yang objektif, tepat, semasa dan terkini dalam masa tiga (3) hingga tujuh (7) hari bekerja daripada isu berbangkit bergantung kepada jenis laporan;
  • Menyediakan laporan isu lapangan pada setiap minggu untuk perhatian stakeholders; dan
  • Menyediakan naratif dan pointers isu-isu utama untuk rujukan pegawai-pegawai lapangan dalam masa 24 jam bekerja daripada isu berbangkit.