15 FEBRUARI 2023, UTUSAN BORNEO ONLINE, SUDUT PEMADAH KETENGAH BAKAT PEGAWAI PENERANGAN DALAM PENGUCAPAN AWAM

Category: Liputan Berita 2023

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”21442″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KUCHING: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sarawak memperkenalkan Sudut Pemadah yang mengetengahkan bakat pegawai penerangan dalam pengucapan awam.

Pengarah JaPen Sarawak Jaafar Jantan berkata, kewujudan sudut itu adalah wajar dilaksanakan kerana dapat membantu meningkatkan keyakinan pegawai dalam pelbagai peringkat dan sentiasa bersedia.

“Ini adalah usaha yang baik kerana kita sebagai pegawai penerangan, khususnya perlu sentiasa cakna dan peka dengan isu semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan aluan sebelum bermulanya sesi pengucapan awam minggu pertama oleh para pegawai penerangan yang terpilih di sini, hari ini.

Jaafar memberitahu, Sudut Pemadah wajar diperhebat kerana ia menjadi pendekatan yang baik untuk anggota jabatan terutama pegawai penerangan dalam berkomunikasi secara bersemuka, bukan hanya berani di media sosial sahaja.

“Kita mempunyai banyak program yang melibatkan komunikai secara bersemuka dan kita tidak boleh hanya menganjurkan program tetapi tidak mengeluarkan produk sendiri (penceramah) untuk berkongsi ilmu kepada komuniti.

“Ini adalah sesi percubaan kepada kita untuk membiasakan diri berhadapan dengan orang ramai,” jelasnya.

Justeru, beliau turut berharap Sudut Pemadah dapat dijadikan sebagai rutin aktiviti dan platform dalam menjadikan pegawai penerangan mampu menjadi antara penceramah hebat.

Sudut Pemadah diadakan sebanyak dua kali sebulan dengan tiga pegawai daripada Skim S akan berhujah topik yang terdiri daripada isu-isu semasa, dasar kerajaan atau berita menarik tanpa menyentuh isu berkaitan keagamaan, perkauman mahupun politik.

Cetusan idea Sudut Pemadah susulan daripada Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) yang bukan hanya berbincang isu berkaitan dengan kebajikan warga jabatan tetapi juga platform idea baharu yang boleh menjana tenaga serta idea agar warga jabatan sentiasa bersemangat.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]