[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”16115″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]
KOTA KINABALU: Mesyuarat Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Jabatan Penerangan Sabah kali pertama tahun ini berlangsung di Wisma Dang Bandang, pada Selasa.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah bagi membincangkan isu serta mendapatkan laporan mengenai perkembangan semasa daripada para pegawai yang ditempatkan di beberapa jabatan sebagai PRO.
Mesyuarat dwitahunan yang diadakan itu sebagai medium dua hala, di samping platform penyaluran dan perkongsian maklumat di antara JaPen Sabah dengan jabatan tempat PRO bertugas.
Untuk rekod, seramai 33 kader PRO jabatan berkenaan kini bertugas di kementerian serta jabatan kerajaan di Sabah yang terdiri daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah (PSUPS), Kolej Komuniti Tawau, Hospital Beaufort, Hospital Kudat, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth II, Politeknik Kota Kinabalu, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Tuaran, Hospital Beaufort dan Hospital Keningau, selain Esscom.
Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah (KPP) Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong Ah Pin, KPP Penerbitan Dasar Negara,Sulia Ak Gihang, KPP Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka (BKVS), Razif Che Hashim, KPP Unit Keurusetiaan, Ahmad Fauzi Lamsin, KPP Perkhidmatan Komunikasi Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan, KPP Bahagian Media Siber, Geraldine Voo Yee Wen.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]