25 JUN 2022, SUMBER KINI, JABATAN PENERANGAN ANJUR PROGRAM MEDIA HUNT 2022

Category: Liputan Berita 2022

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”16649″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]BANTING: Jabatan Penerangan Malaysia telah menganjurkan program Media Hunt 2022 pada Sabtu di Tadom Hill Resort, di sini.

Program Media Hunt 2022 ini merupakan aktiviti riadah Jabatan Penerangan Malaysia bersama rakan-rakan media di samping mengeratkan lagi kerjasama strategik.

Program ini telah disertai oleh SUMBERKINI bersama 10 agensi media yang lain antaranya BERNAMA, Life News Agency, The Star, Vanakkam Malaysia, Awesome TV, Media Prima, The Vibes, Utusan dan Astro Arena.

Program ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Sivabalan Ethirmanasingham.

Pemenang tempat pertama bagi program ini membawa pulang hamper dan wang tunai sebanyak RM800, manakala pemenang tempat kedua membawa pulang RM600 dan tempat ketiga RM400.

Manakala bagi pemenang tempat keempat dan kelima membawa pulang hamper dan baucar Starbucks bernilai RM30.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]