[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”21688″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]SEMPORNA: Ke arah memperkasakan perkhidmatan, Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah giat menambah baik fasiliti dan premisnya.
Bagi memastikan ketetapan serta langkah yang diambil sesuai dengan keperluan, Pengarah Japen Sabah Jainisah Mohd Noor meneruskan siri lawatan kerjanya ke Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Semporna dan Nabawan yang masing-masing disambut oleh Pegawai Penerangan Daerah, Sarah Bulindan dan Sam Mansibu.
Dalam lawatan tersebut, beliau yang diiringi Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan dan Kewangan (KPK), Nur Diyana Ujit dan Ketua Cawangan Pembangunan dan Logistik, Kim Lung Janeu serta Ketua Cawangan Pembangunan Logistik JaPen Putrajaya, Ir. Noorhayati binti Abdul Hamid turut meninjau keperluan pembaikan pejabat.
Selain itu, lawatan berkenaan juga bertujuan untuk bersemuka dan menyantuni warga PPD dengan menyelami permasalahan yang dihadapi kakitangan di lapangan seterusnya mencari solusi terbaik demi kelangsungan kualiti perkhidmatan jabatan berkenaan untuk masyarakat.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]