28 JUN 2022, WARTA ORIENTAL, INFO ON ZOOM JAPEN RANAU BERJAYA BANTU TINGKATKAN PENCAPAIAN VAKSINASI

Category: Liputan Berita 2022

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”16669″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]RANAU: Inisiatif Jabatan Penerangan (JaPen) Ranau mengadakan program perintis Info On Zoom dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai Dos Penggalak Vaksin Covid-19, mendapat pujian ramai.

Pegawai Daerah, Jumain Abdul Ghani berkata program itu memberi penjelasan tentang isu-isu berbangkit dalam kalangan masyarakat melalui sesi soal jawab bersama pakar, untuk memberikan keyakinan kepada mereka mendapatkan supaya suntikan dos penggalak dan vaksin untuk kanak-kanak.

Seramai 67 orang menyertai program tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana Ranau (PKOB) dan Pejabat Kesihatan Daerah Ranau.

Pegawai JaPen Ranau, Kenny Thomas memberitahu bahawa ketika program itu diadakan pada 15 Mac 2022, pencapaian vaksinasi dos penggalak di Ranau hanya 18.2 peratus manakala untuk vaksinasi kanak-kanak sebanyak 20.52 peratus.

Bagaimanapun sehingga Jun 2022, sebanyak 35 peratus kanak-kanak telah menerima suntikan vaksin dos pertama, manakala 25 peratus menerima suntikan dos kedua.

Bercakap mengenai Program Info On Zoom JaPen Ranau, beliau bekata, ia diadakan sebagai inisiatif berterusan JaPen untuk meguar-uarkan dasar kerajaan melalui medium Facebook live dan aplikasi Zoom

“Program Info On Wheels (IOW) yang merupakan program signature JaPen Malaysia adalah usaha untuk mendekati masyarakat umum melalui pendekatan komunikasi bersemuka ataupun secara fizikal.

“Program Info On Zoom pula adalah program dalam talian dan dirintis oleh JaPen Ranau. Ia dilihat dapat menjangkau audiens yang lebih luas terutama bagi mereka yang mempunyai akses kepada Internet dan telefon pintar,” katanya.

Kenny menambah kata, setakat ini, sambutan terhadap program yang diadakan dalam kekerapan dua kali sebulan, dengan menyajikan pelbagai topik untuk pengetahuan umum, adalah sangat menggalakkan.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]