[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”22688″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]SESI libat urus bersama 500 pegawai perhubungan awam di kementerian, agensi dan jabatan kerajaan telah diadakan, baru-baru ini.
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) selaku kementerian induk pegawai perhubungan awam sentiasa memastikan penyampaian perkhidmatan, laluan kerjaya serta kebajikan warganya diambil berat.
Sesi libat urus tersebut, turut mencadang Pegawai Pejabat Penerangan Daerah (PPD) ditukar nama kepada nama yang bersesuaian agar tidak sama dengan agensi lain di peringkat daerah.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yakin pegawai perhubungan awam berupaya membantu KKD dalam memasar maklumat pelbagai inisiatif kerajaan, termasuk gagasan Malaysia Madani dengan kaedah komunikasi serta proses kerja strategik, kreatif dan inovatif.
Peranan pegawai perhubungan awam amat penting dalam dekad muktahir ini sebagai orang tumpuan kementerian, agensi dan jabatan kerajaan.
Kejayaan mereka diukur berdasarkan keupayaan bekerjasama dengan semua penjawat awam, proaktif dalam urusan tugas rasmi dan memahami tata kelola baik yang diamalkan di tempat mereka bertugas.
Kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris juga suatu keistimewaan termasuk kemampuan membuat jangkaan penerimaan pelanggan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan, analisis isu dan dapat memudah cara kumpulan sasar untuk menerima perubahan.
Pegawai perhubungan awam pada masa sama perlu mewujudkan Pelan Komunikasi Strategik sebagai panduan supaya jelas terhadap fungsi dan peranan masing-masing. – UTUSAN
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]