30 JULAI 2022, WARTA ORIENTAL, JAPEN PALING AKTIF HEBAHKAN MAKLUMAT SAHIH DI LUAR BANDAR

Category: Liputan Berita 2022

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”17301″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]RANAU: Pandemik Covid-19 sejak dua tahun lepas, menyerlahkan lagi peranan Jabatan Penerangan (JaPen) Ranau dalam menghebahkan maklumat penting dan sahih kepada orang ramai terutama masyarakat luar bandar.

Jabatan ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat di sini kerana berperanan menjadi entiti yang bertujuan memberikan kefahaman tepat kepada masyarakat tentang dasar-dasar kerajaan dan fakta sahih berkenaan isu-isu semasa.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Hisyamudin Harun berkata JaPen perlu meneruskan momentum dalam libat urus dengan masyarakat di daerah ini.

 

“Kita dapat melihat JaPen sebagai antara jabatan yang paling aktif di daerah Ranau. Sejak kita ditimpa ancaman global berupa pandemik Covid-19, JaPen tampil memainkan peranan dalam menghebahkan maklumat penting kepada penduduk.

“Ini terutama kepada mereka di kawasan kampung di mana maklumat disalurkan melalui Info On Wheels (IOW) JaPen.

Ini menempatkan mereka sebagai antara barisan depan utama yang tidak didendang pada waktu itu,” katanya.

Dalam era endemik ini pula, Hisyamudin berkata, peranan JaPen begitu jelas dalam menjalin kerjasama dengan pemimpin politik tempatan dan institusi kemasyarakatan lain untuk membantu proses pemulihan negara, khususnya di daerah ini.

“Saya berharap JaPen Ranau dapat meneruskan kecemerlangan mereka memandangkan mereka adalah agensi yang dilengkapi dengan kemahiran dalam bidang mereka sendiri dan juga peralatan-peralatan khusus seperti pembesar suara pada kenderaan mereka.

“Di samping itu, saya juga berharap JaPen dapat membawa jabatan-jabatan lain yang ada di Ranau untuk berkongsi apa jua input yang boleh jabatan berkenaan salurkan untuk membantu masyarakat khususnya yang tinggal di perkampungan tradisional,” katanya.

Yang paling penting, katanya, sebagai saluran suara kerajaan, JaPen dapat menangkis berita-berita tidak tepat yang berlegar dalam kalangan masyarakat setempat.

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda, pula menyarankan agar JaPen Ranau meneruskan kerjasama dengan pihak media lain dalam tujuan penyaluran maklumat.

Beliau mencadangkan agar JaPen meluaskan lagi skop perkhidmatan mereka dengan penambahbaikan yang sesuai agar lebih ramai mendapat manfaat daripada perkhidmatan jabatan berkenaan.

“Secara peribadi, saya rasa JaPen perlu terus melebarkan skop penyebaran maklumat berkaitan apa-apa yang dalam perancangan atau sedang dijalankan oleh kerajaan,” katanya.

Benedict turut mencadangkan agar JaPen mempergiat laporan melalui media sosial untuk memperluas dan memudahkan laporan yang tepat dan sahih ssegera sampai segera kepada semua termasuk penduduk di luar bandar.

Ketiadaan akhbar hari ini mengakibatkan sebilangan besar masyarakat sudah tidak dapat mengikuti perkembangan semasa. Ini ditambah lagi dengan liputan Internet yang lemah.

“Di sinilah ruang di mana peranan JaPen dalam mengedarkan risalah-risalah, sangat diperlukan. Adakan aktiviti pengedaran risalah secara besar-besaran dan meluas, supaya tiada anggota masyarakat yang ketinggalan,” katanya.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]