30 JUN 2022, WARTA ORIENTAL, JAPEN MANFAATKAN MEDIA SOSIAL SEBAR MAKLUMAT KEPADA RAKYAT

Category: Liputan Berita 2022

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”16723″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Media sosial merupakan antara medium rujukan penting masyarakat masa kini dalam mencari dan memasarkan sesuatu maklumat atau mesej. Malahan sudah ramai masyarakat kini menjadikannya sebagai rujukan utama berbanding medium lain seperti surat khabar dan televisyen.

Jabatan penerangan Malaysia (JaPen) juga tidak ketinggalan menyesuaikan diri dengan arus selera khalayak ini dan sentiasa berusah menjadi relevan dalam kepesatan teknologi komunikasi kini.

Menurut Ketua Cawangan Media Siber, JaPen Wilayah Persekutuan Labuan, Md Khairul Azad Yunus, JaPen sentiasa mencari kaedah atau pendekatan yang lebih efektif dalam menyebarluas sesuatu maklumat menerusi wadah media sosial.

“Minat orang ramai yang kini lebih tertumpu kepada media sosial, menjadikan JaPen lebih agresif mencari idea baharu bagi menarik minat masyarakat supaya memilih medium jabatan ini sebagai rujukan utama mereka dalam mendapatkan pelbagai maklumat.

“Bahagian Media Siber (BMS) JaPen kini sudah mengorak langkah dan sentiasa berfikir di luar kotak agar media sosialnya tidak dilihat terlalu bernada ‘Kerajaan’, sebaliknya lebih santai serta mesra kepada semua golongan masyarakat dari pelbagai latar belakang,” katanya.

Beliau berkata BMS menghasilkan beberapa produk sebagai senjata dalam usaha menjadikan media sosial JaPen sarat dengan pelbagai ‘content’ berguna bagi menarik orang ramai, selari dengan fungsinya untuk membangunkan kandungan digital yang kreatif dan inovatif mengenai dasar-dasar negara melalui platform media sosial.

“Antara Produk utama JaPen dalam media sosial ialah Program Influencer@ JaPen yang merupakan program berbentuk bual bicara atau temu bual individu yang berpengaruh atau mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.

“Program ini boleh disiarkan secara langsung atau rakaman, dengan kandungan perbincangan yang disampaikan juga bebas serta, tidak tertakluk semata-mata kepada perkara berkaitan dasar kerajaan,” katanya.

Selain itu, BMS yang juga mempunyai bahagian dan cawangan di setiap JaPen negeri, turut memanfaatkan platform ‘Facebook live’ untuk menyampaikan sebarang maklumat penting dan menarik.

“Program siaran langsung melalui rangkaian sosial Facebook merupakan pendekatan yang digemari orang ramai memandangkan kebanyakan rakyat mempunyai akaun Facebook, dengan siaran yang boleh dilaksanakan sesingkat lima minit, memudahkan rakyat mendapat pelbagai maklumat dengan senang dan pantas,” katanya.

JaPen juga tidak ketinggalan menghasilkan berita sendiri dan menyalurkannya kepada pembaca di seluruh negara, selaras dengan tanggungjawabnya untuk membantu membina masyarakat yang terhubung, bersatu padu, berilmu dan berintegriti.

“Portal berita dalam talian ‘Malaysia Aktif’ yang merupakan portal berita yang sudah diberi nafas baharu, telah menunjukkan peningkatan bilangan pembaca dan pengikutnya sejak beberapa bulan kebelakangan susulan kepelbagaian jenis pelaporan berita yang diketengahkan oleh para pelapor dari seluruh negara.

“Ini menjadikan Malaysia Aktif dan media sosial JaPen semakin diikuti ramai, sekali gus usaha untuk menyebarkan mesej-mesej kerajaan kepada rakyat menjadi lebih mudah,” katanya.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]