[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”19422″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]RANTAU PANJANG, 30 November- Jabatan Penerangan (JAPEN) Kelantan komited mendekati penduduk di negeri itu menerusi program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) yang berkonsepkan aktiviti kemasyarakatan dan penjelasan isu-isu semasa mengenai dasar-dasar kerajaan.
Pengarahnya, Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata, program tersebut dilaksanakan secara bersepadu antara komuniti setempat, jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.
“Tumpuan diberikan kepada kawasan yang sering menghadapi bencana. Kita juga menumpukan kawasan-kawasan yang menghadapi penularan wabak contohnya denggi. Ianya akan dilakukan bersama pihak jabatan kesihatan.”
Antara lain, program itu turut memberi tumpuan ke kawasan berisiko banjir khususnya di Rantau Panjang.
Aktiviti gotong-royong turut diadakan selain menyantuni golongan sasaran di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program komunikasi tindakan setempat (KOMTIS) di Perkarangan Rumah Sejahtera Banggol Kulim, Rantau Panjang.
Jelas Aswadi, tiga program telah dilaksanakan tahun ini dan ia akan diteruskan secara berkala.
Program tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) JAPEN Zainuddin Ismail.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]