Post Date: 18 May 2023
[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”23523″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan pemantauan berhubung berita palsu dan ucapan kebencian di media sosial terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata kerajaan menerusi sebuah jawatankuasa khas, telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi termasuk PDRM dan penyedia platform media sosial sejak Disember untuk menangani kenyataan tidak bertanggungjawab.
“Kita faham nak dekat PRN lagi banyak berita palsu yang akan tersebar. Sehubungan itu, MCMC dan PDRM akan bekerja secara rapat untuk memantau ucapan kebencian dalam media sosial bagi memastikan tindakan boleh diambil,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.
Sehubungan itu, Teo berharap agar pengguna media sosial bertindak bijak dengan membuat semakan fakta maklumat sebelum mempercayai dan berkongsi maklumat diterima, menerusi platform semakan fakta www.sebenarnya.my dan www.mycheck.my.
Dalam pada itu, Teo berkata KKD akan memastikan tugas semua pengamal media pada PRN akan datang berjalan lancar dan mudah menerusi pusat media yang akan diwujudkan Jabatan Penerangan kelak.
“Jabatan Penerangan akan pastikan di enam negeri ini ada pusat media didirikan untuk anggota media manakala jika ada pengamal media dari luar negara, mereka boleh memohon pas media rasmi daripada Jabatan Penerangan,” katanya.
— BERNAMA
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]