[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”23529″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]MACHANG – Seramai 320 pelajar daripada 80 sekolah menengah di negeri ini menerima pendedahan bagi proses mengundi pada pilihan raya yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang di sini pada Ahad.
Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata, pendedahan melalui simulasi tersebut disertai mereka yang berusia 15 tahun hingga 19 tahun daripada Kelab Malaysiaku bawah kelolaan jabatan itu.
“Mereka yang sebahagiannya layak mengundi dapat memahami dan melihat secara fizikal sistem pengundian dilaksanakan dalam pilihan raya di negara kita,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Demokrasi Kita @ Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Kelantan tahun 2023.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan, Mohd Fadly Mohd Fauzi yang melakukan demonstrasi pengundi tersebut.
Menurutnya, JaPen mendapat kerjasama sepenuhnya daripada SPR dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam menjayakan simulasi mengikut peraturan ditetapkan oleh suruhanjaya berkenaan.
“Mereka juga diberitahu tentang peraturan yang perlu dipatuhi dan cara mengundi supaya tidak bimbang untuk menunaikan tanggungjawab mengundi sekali gus meningkatkan peratus keluar mengundi serta mengelak kertas undi rosak,” ujarnya.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]