[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”23491″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]GOMBAK: Fasiliti yang baik perlu disediakan kepada pengunjung di lokasi-lokasi pelancongan tanpa mengira negeri.
Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Borhan Aman Shah mewakili Menteri Besar Selangor berkata, ia bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
“Selain menjadi tempat yang menarik untuk pelancong, ia perlu memastikan kemudahan awam tersedia untuk digunakan.
“Ia termasuk tandas, surau, tempat makan, tempat beriadah dan sebagainya. Dengan adanya fasiliti sedemikian, masyarakat akan berasa lebih selesa untuk kunjungi lokasi tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika beramah mesra dengan pengamal media sempena Kembara Media 2023 di Gua Damai, di sini, hari ini.
Apabila semua kemudahan sudah tersedia katanya, mudah untuk buat promosi kerana wujud fasiliti yang boleh menarik pengunjung.
“Kita harap dengan kerjasama daripada pelbagai pihak dapat memastikan sektor pelancongan dapat berjalan dengan lancar,” ujarnya.
Sementara, seramai 22 orang pengamal media media massa termasuk media digital dari 15 agensi diberi peluang untuk mengalami keindahan yang terdapat di salah satu lokasi pelancongan di Gua Damai, Gombak sempena Kembara Media 2023.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]