Post Date: 28 August 2023
[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”25559″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]
SEREMBAN: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengumumkan berita baik buat pengamal media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan tidak lama lagi, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Beliau berkata jika sebelum ini Insentif Postpaid Rahmah iaitu rebat RM10 diberikan kepada penjawat awam, kini penghargaan juga diberikan kepada pengamal media dan perkara itu sedang diusahakan kementerian.
Fahmi berkata demikian ketika berucap melancarkan Semarak Gemilang Malaysia MADANI OHMYDIN! Meriah Bersama sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan ulang tahun Mydin ke-66 di sini hari ini.
Terdahulu, pada majlis itu Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) Datuk Dr Ameer Ali Mydin mengumumkan diskaun istimewa kepada kira-kira 12,000 petugas media di negara ini yang memiliki kad Perakuan Media sebagai menghargai peranan mereka.
Menurutnya bentuk diskaun dan tarikh mula akan diumumkan di media sosial rasmi MYDIN Malaysia dalam masa terdekat.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]