[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”25562″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]
KOTA BHARU: Jabatan Penerangan (JaPen) menyediakan buku panduan khas dalam bentuk digital menerusi laman sesawang Merdeka360 bagi membolehkan orang ramai tahu mengenai sambutan Hari Kebangsaan.
Pengarah JaPen Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata, buku digital tersebut memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berhubung dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
“JaPen dari semasa ke semasa mengadakan kempen melalui penyediaan buku panduan dalam bentuk digital, yang mana kita digitalkan buku panduan dalam bentuk fail PDF yang boleh dicapai oleh orang ramai melalui laman web kami.
Muhd Nor Aswadi berkata dari segi sambutan, JaPen telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua wakil jabatan termasuk agensi media supaya semangat sambutan sampai ke segenap lapisan masyarakat di negeri ini.
“Kita juga turut meletakkan Jalur Gemilang di kenderaan yang berada di Wisma Persekutuan dan yang lalu-lalang supaya mereka dapat sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya.
Menurutnya kempen dan sambutan di peringkat jabatan juga dimulakan sejak 24 Julai lepas termasuk mengadakan Kembara Merdeka di beberapa lokasi terpilih di Kelantan, juga meneruskan acara Komuniti MADANI melibatkan kampung, pusat pelancongan, pantai, pasar dan sekolah-sekolah menerusi kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Katanya bermula semalam, sekolah, rumah dan premis sudah mula mengibarkan Jalur Gemilang mengikut saranan JaPen supaya seboleh-bolehnya setiap rumah di negeri ini memasang Jalur Gemilang sebagai tanda cinta pada negara.
— BERNAMA
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]