[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”25566″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]
ALOR SETAR: Kakitangan dan anggota Posmen memainkan peranan sebagai ‘duta kecil’ bagi menerap dan menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di Kedah, sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Pengarah Penerangan Kedah Nasrudin Mahmud berkata ia dizahirkan melalui inisiatif oleh kakitangan posmen yang meletak dan melekatkan Jalur Gemilang pada motosikal mereka.
“Posmen ini pasang bendera di motosikal masing-masing dan setiap hari mereka masuk ke semua kawasan kampung dan bandar untuk menghantar surat. Secara tidak langsung, masyarakat dapat lihat walaupun posmen ini sibuk, mereka masih sempat dan bersemangat meletakkan bendera.
Pada majlis berkenaan, turut diadakan pelepasan konvoi 50 motosikal posmen dan aktiviti menghias serta memasang Jalur Gemilang di Pejabat Pos Besar Alor Setar.
Menurut Nasrudin, sepanjang tempoh Hari Kebangsaan sebanyak lima program utama telah dan akan dijalankan oleh Jabatan Penerangan dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dalam setiap lapisan masyarakat di Kedah.
— BERNAMA
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]