Katanya, Perbadanan Putrajaya selaku tuan rumah tahun ini, sedang menjalankan kerja-kerja pengalihan pasu bunga sepanjang laluan perarakan bagi memastikan acara itu berjalan dengan lancar.
“Perarakan ini dirangka oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan setiap tahun ia ada keunikannya, ada elemen kejutan, datanglah pada 31 Ogos ini,” katanya ketika ditemu bual pada program Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, hari ini.
Tambah beliau, sekitar 8,000 kerusi serta 100 reruai penjaja disediakan untuk pengujung pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini .
— BERNAMA