Berita Harian, 23 Sep 2023, KKD fokus persediaan Malaysia Pengerusi ASEAN 2025 melalui AMRI

Category: Liputan Berita 2023

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”26354″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]DA NANG: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memberi tumpuan kepada persediaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, melalui platform Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI).

Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata usaha itu antara lain akan dilakukan menerusi agensi bawah KKD seperti Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penerangan (JaPen).

“Mesyuarat AMRI yang seterusnya bakal diadakan di Brunei pada 2025 dan pada tahun itu juga, kita akan menjadi tuan rumah ASEAN (Pengerusi ASEAN). Saya melihat ada beberapa perkara boleh kita usahakan dalam tempoh dua tahun itu.

“Sebagai contoh, IPPTAR, Bernama dan JaPen boleh mengumpulkan rakan wartawan dari rantau Asia Tenggara bagi mempromosikan Malaysia, selain merapatkan hubungan antara negara serta mengeratkan silaturahim,” katanya kepada Bernama selepas AMRI ke-16 berakhir, di sini, hari ini.

Mengenai persidangan itu pula, Fahmi berkata, beberapa perkara yang menjadi keutamaan negara terbabit, termasuk rakan dialog ASEAN, iaitu China, Jepun dan Korea Selatan, boleh diteladani Malaysia dalam meningkatkan kerjasama menerusi platform AMRI.

Katanya, Jepun memberi tumpuan kepada usaha prasarana, manakala Korea Selatan memberi penekanan kepada isu kecerdasan buatan (AI) yang boleh disalahgunakan untuk menghasilkan bahan kandungan berita palsu.

Justeru, Fahmi berkata, ASEAN Campur Tiga (ASEAN+3) perlu bekerjasama menghadapi cabaran dan risiko penggunaan meluas AI.

Ditanya mengenai mesyuarat dua hala beliau dengan Vietnam dan Kemboja, semalam, Fahmi memaklumkan bahawa KKD sedang meneliti dokumen untuk memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) dengan Vietnam yang telah ditandatangani pada 1996.

Bagi hubungan Malaysia dengan Kemboja, beliau berkata, KKD bersedia untuk berkongsi kepakaran teknikal berkaitan perlindungan data peribadi dan keselamatan sivil.

“Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) boleh membantu dari aspek meningkatkan kesedaran dan keselamatan data peribadi, manakala CyberSecurity Malaysia (CSM) boleh menyerlahkan kepakaran mereka sebagai antara agensi teknikal terbaik di rantau Asia Pasifik,” katanya.

Semalam, Fahmi mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Komunikasi dan Maklumat Vietnam, Nguyen Manh Hung, serta Menteri Komunikasi Kemboja, Neth Pheaktra, yang mana masing-masing berlangsung kira-kira 40 minit.

Bertema ‘Media: Daripada Maklumat kepada Pengetahuan untuk ASEAN yang Berdaya Tahan dan Responsif’, AMRI ke-16 antara lain memfokus usaha menangani salah maklumat serta membanteras berita palsu, bagi membina Komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan dan responsif.

Delegasi Malaysia turut disertai Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen, Datuk E Sivabalan; Timbalan Ketua Pengarang Bernama (Perkhidmatan Berita), Nur-ul Afida Kamaludin; serta pegawai tinggi KKD dan agensinya. – BERNAMA

Misalnya, beliau berkata, China memberi tumpuan kepada Belt and Road News Network (BRNN), iaitu sebuah platform merangkumi 182 media dari 86 negara, dilancarkan pada April 2019 bagi mempromosikan inisiatif Belt and Road yang diterajui China.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]