Berita Harian, 6 Aug 2023, Komuniti MADANI perlu salur maklumat masalah rangkaian internet

Category: Liputan Berita 2023

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”25144″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]DENGKIL: Komuniti MADANI yang dilantik berperanan sebagai mata dan telinga kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menyalurkan maklumat berkaitan permasalahan rangkaian internet di kawasan masing-masing.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata Komuniti MADANI adalah jentera barisan hadapan kerajaan yang menyalurkan maklumat dan input keperluan pembangunan, sekali gus dapat membantu KKD memastikan rakyat menikmati rangkaian internet serta telekomunikasi pada tahap memuaskan.

“Jika liputan internet tidak stabil atau ada masalah, tolong maklumkan kepada penyelaras Jabatan Penerangan (JAPEN),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Merdeka@Komuniti DUN Dengkil di Balai Raya Taman Desa Jenderam Hilir, di sini, hari ini.

Komuniti MADANI adalah badan sukarela ditadbir urus JAPEN dengan berlandaskan tiga teras utama iaitu membantu penyaluran maklumat kepada kerajaan; mendigitalkan komuniti dan memupuk semangat perpaduan, patriotik serta kenegaraan.

 

Kerajaan sebelum ini mengumumkan akan melantik 1,878 Komuniti MADANI secara berfasa di seluruh negara. Sebanyak 168 Komuniti MADANI sudah dan sedang dilantik di Selangor membabitkan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mengulas sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, Fahmi mahu Komuniti MADANI bekerjasama dengan JAPEN merangka program Bulan Kebangsaan yang bukan saja berunsur patriotik, malah mampu menyemai semangat merdeka dalam jiwa masyarakat.

“Saya berharap program Bulan Kebangsaan ini akan membawa semangat patriotik bukan dalam bentuk luaran, tetapi disemat dalam jiwa,” katanya.

Sementara itu, berucap merasmikan program berkenaan, Fahmi mahu rakyat negara ini menjiwai perjuangan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum membabitkan pelbagai budaya dan agama.

Menyifatkan Allahyarham Dr Ismail sebagai Bapa Perpaduan dan tegas, beliau berkata, Dr Ismail adalah pemimpin yang tidak bertolak ansur dalam isu hubungan antara kaum, bangsa serta agama di negara ini.

Katanya, rakyat perlu meneruskan perjuangan Dr Ismail dengan mengamalkan sikap toleransi dan mengekalkan perpaduan sedia ada.

Dr Ismail yang juga Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dari 1971 hingga 1973, adalah antara tokoh penting yang menggariskan lima prinsip Rukun Negara ketika Malaysia berdepan peristiwa hitam 13 Mei 1969. – BERNAMA[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]