[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”24329″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KOTA BHARU, 24 Jun- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) akan bersikap lebih tegas berhubung penyebaran fitnah melibatkan sentimen perkauman, agama dan institusi diraja (3R).
Ini terutama di platform media sosial menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ke arah itu, pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama penyedia perkhidmatan media sosial termasuk Telegram dan TikTok dalam usaha mengekang isu terbabit.
“Kerjasama yang baik di antara Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta penyedia platform amat penting.
“Bukan hanya untuk mengelak sebaran bahan-bahan 3R tetapi juga untuk memastikan platform media sosial ini tidak disalahguna oleh penjenayah.
“Kita melihat sebagai contoh aplikasi Telegram disalahguna oleh scammer untuk mencuri RM45 juta wang rakyat Malaysia sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, ini jumlah yang besar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Kita Madani Peringkat Negeri Kelantan di Dewan WAWA, Jalan Atas Banggol, di sini hari ini.
Sebanyak 132 Komuniti Madani ditubuhkan di Kelantan membabitkan 45 DUN bagi membantu melestarikan konsep Malaysia Madani.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya turut melihat keperluan meneliti kemungkinan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia bagi memastikan pihak SKMM mempunyai kuasa lebih bagi menangani isu terbabit daripada berulang.
Perbincangan akan diadakan dengan pihak terlibat mengenai perkara itu dan berharap pindaan akta berkenaan dapat dilakukan menjelang hujung tahun ini.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]