[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”3095″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]LANGKAWI, 27 Jan – Kawalan dan pemeriksaan pelancong ke Pulau Langkawi turut dipergiat berikutan penularan kes Coronavirus atau 2019-nCoV.
Saringan tersebut dilakukan oleh petugas dari Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi.
Kesemua penumpang penerbangan antarabangsa yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, diperiksa terlebih dahulu menerusi alat pengimbas suhu badan.
Pengunjung yang suhu badannya melebihi 37.5 darjah celsius akan terus dirujuk ke bilik saringan berhampiran.
Pemeriksaan turut dilaksana di pintu masuk lain seperti Jeti Kuah, Dermaga Tanjung Lembung, Telaga Habour Park dan Awana Porto Malai.
Langkawi mencatat purata ketibaan penerbangan antarabangsa sebanyak lima kali sehari termasuk penerbangan Fly Scoot dan Air Asia dari Singapura, Malindo Air meliputi pelbagai destinasi antaranya Chengdu, Kunming, Ningbo dan Nanjing.
Sumber: @beritartm
#coronavirus #JabatanPenerangan #SayangiMalaysiaku #MalaysiaBersih #KemakmuranBersama #SharedProsperity #Makmur2030 #KitaMalaysia #Malaysia[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]