E-DOMPET JELMAKAN RASA SELAMAT KEPADA PENGGUNA, PEKERJA KEDAI

Kategori: Infografik 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”2838″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]SHAH ALAM, 18 Jan — Penggunaan perkhidmatan platform e-pembayaran seperti Touch ´n Go eWallet, Boost dan GrabPay sedikit sebanyak telah menyumbang kepada rasa selamat kepada pekerja kedai kerana tidak perlu lagi berurusan dengan wang tunai yang banyak.

Seorang pekerja di sebuah kedai alat tulis di Seksyen U13 Setia Alam, Amira Mohd Rashid berkata kebanyakan pelanggan yang berurusan di kedai berkenaan lebih gemar menggunakan perkhidmatan e-pembayaran dan ini menyebabkan jumlah wang tunai yang berada di kaunter sangat minimum.

“Rasa selamat sikit kalau duit tidak banyak di kaunter kerana kita tidak tahu apa akan jadi, kawasan ini jika pukul 9 malam ke atas sedikit sunyi, boleh jadi sasaran penjenayah,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Tambah beliau, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan e-dompet di kedai berkenaan juga terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

“E-dompet ini ramai yang muda dan tua juga guna sebab mudah bagi mereka kerana tidak perlu bawa wang tunai dan e-dompet ini tiada had minimum, semua jenis amaun pembayaran boleh guna e-dompet, mungkin sebab itu ramai orang guna,” katanya.

Dalam Belanjawan 2020, kerajaan mengumumkan Program e-Tunai Rakyat sebagai rangsangan digital yang melibatkan kos RM450 juta, bertujuan untuk menggalakkan pengguna serta peniaga tempatan, terutamanya dalam perniagaan kecil dan runcit supaya mengguna pakai e-dompet serta kaedah pembayaran digital.

Sementara itu, seorang pengguna e-dompet, Mohd Shahril Yahya, 35, berkata beliau lebih selesa menggunakan aplikasi e-pembayaran berbanding menggunakan wang tunai kerana selain selamat, ia juga membolehkan dia menyemak dan mengawal perbelanjaan.

Katanya dengan aplikasi e-dompet, beliau kini tidak lagi membawa wang tunai dengan banyak ketika keluar membeli barangan keperluan.

“Sejak mula guna kad debit empat atau lima tahun lepas dan e-dompet kira-kira setahun lepas, dalam poket saya paling banyak ada kira-kira RM50 hingga RM100 sahaja, itu pun untuk kecemasan, bagi urusan beli barang atau makan jika kedai itu boleh terima kad debit atau e-dompet saya akan gunakan,” katanya yang bekerja sebagai juruteknik komputer di sebuah syarikat swasta di Subang Jaya dekat sini.

Tambah Mohd Shahril lagi, membawa wang tunai yang sedikit adalah lebih selamat terutamanya jika berlaku kehilangan beg duit atau kecurian kerana kerugian yang dialami adalah sedikit.

“Kalau dompet hilang atau kena curi kita cuma perlu hubungi bank untuk batalkan kad kita dan kalau e-dompet ia lebih selamat kerana maklumat dan kata laluan hanya kita yang tahu,” katanya.

Di bawah Program e-Tunai Rakyat, warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas termasuk yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, layak menerima RM30 dalam bentuk e-kredit melalui mana-mana aplikasi e-dompet yang terlibat.

Wang yang diperoleh di bawah program ini perlu dibelanjakan antara 15 Jan hingga 14 Mac 2020, dan mana-mana bahagian yang tidak dibelanjakan akan luput selepas tempoh berkenaan.

Setiap tuntutan akan dibandingkan dengan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menentukan kelayakan pihak yang menerima manfaat daripada program berkenaan, sebelum ia dikreditkan dalam tempoh lima hari bekerja.

— BERNAMA[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]