[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”25057″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]JALUR Gemilang akan berkibar megah di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh hari ini tanda bermulanya sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.
Majlis pelancaran yang dijangka menggamit kira-kira 10,000 pengunjung itu akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berlangsung pada 10 pagi ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.
Terdahulu seawal jam 6 pagi tadi, ribuan peserta 6,600 Langkah Perpaduan mula memenuhi venue itu bagi menyertai program yang dirasmikan pelepasannya oleh Fahmi pada jam 7.30 pagi ini.
Tumpuan kemudian akan terarah di pentas utama di mana acara simbolik pelancaran penuh semangat patriotisme akan berlangsung.
Ia termasuk upacara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian Lagu Negaraku diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]