Harian Metro, 3 Aug 2023, Sarawak janji gandakan kerjasama dengan Persekutuan

Category: Liputan Berita 2023

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”25129″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Kuching: Kerajaan Perpaduan dibentuk hasil jalinan kerjasama erat kerajaan Sarawak dan Persekutuan dengan tekad mewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, Kerajaan Perpaduan bukan sekadar sebuah gabungan parti politik tetapi ia juga kerajaan yang berteraskan prinsip Malaysia Madani.

Menurutnya, prinsip itu mengutamakan elemen keterangkuman dan semangat kebersamaan ke arah kemakmuran negara.

“Kerjasama yang terjalin antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan yang membentuk Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan tekad mengeratkan perpaduan demi memenuhi harapan kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Jaafar Jantan.

KMJG 2023 disertai 35 kenderaan daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persendirian akan menjelajah dari Kuching hingga ke Lawas.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak akan terus menggandakan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan kerana ia akan memberi manfaat kepada rakyat serta menyumbang ke arah kestabilan politik negara.

“Saya juga yakin hasil kesepakatan itu Sarawak akan terus mendapat manfaat khususnya menerima lebih banyak peruntukan untuk tujuan pembangunan,” katanya.

Mengenai perpaduan masyarakat pelbagai latar belakang di Sarawak, Abang Johari berkata, amalan itu membolehkan kestabilan dinikmati seterusnya memastikan ekonomi negeri semakin melonjak.

“Walaupun ada bermacam-macam bangsa, agama dan pegangan politik yang berbeza, perpaduan kita kukuh dengan didokong semangat toleransi sesama kita.

“Justeru, Sarawak menjadi contoh kepelbagaian dalam perpaduan ataupun dari satu sudut lagi, perpaduan dalam kepelbagaian, tambahan pula kita sering berpaksikan konsep kebersamaan ‘Segulai Sejalai’, ” katanya.

“Hasil hubungan baik kita dengan Kerajaan Persekutuan di bawah platform Kerajaan Perpaduan ini, kita menerima peruntukan berjumlah RM5.6 bilion daripada pusat untuk tujuan pembangunan,” katanya.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]