Harian Metro, 3 Aug 2023, Tun Abdul Taib pulang tidak lama lagi – Abang Johari,

Kategori: Liputan Berita 2023

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”25132″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Mengenai pelbagai khabar angin berhubung tahap kesihatan Abdul Taib termasuk penggunaan logo sebuah stesen televisyen semalam yang mendakwa bekas Ketua Menteri Sarawak itu meninggal dunia, Abang Johari berkata, itu hanya spekulasi semata-mata.

“You bukan sik tauk sidak suka molah cerita (kamu bukan tidak tahu mereka (netizen) suka menyebar berita),” katanya sambil mengulangi Abdul Taib akan pulang ke Sarawak tidak lama lagi.

Pada 23 Jun lalu, Pejabat Astana Negeri Sarawak membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu di media sosial yang mendakwa Abdul Taib sedang nazak.

Dua hari lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dalam kenyataan memaklumkan Abdul Taib jatuh sakit ketika berada di luar negara dan kini dalam fasa pemulihan.

Sehubungan itu katanya, keadaan semasa tidak memerlukan pelantikan pemangku Yang Dipertua Negeri kerana Abdul Taib walaupun tidak berada dalam negara, namun sentiasa berkomunikasi dengan kerajaan Sarawak dan dapat melaksanakan tugas rasmi.

Bagaimanapun, semalam tular satu lagi poster hitam putih tertera nama Abdul Taib di media sosial dan aplikasi WhatsApp bersama logo Astro Awani.

Berikutan itu, pihak Astro Awani menafikan penerbitan poster berserta kapsyen al-Fatihah dan tahun kelahiran Abdul Taib itu.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]