[vc_row][vc_column][vc_tta_tour style=”flat” shape=”square” active_section=”1″][vc_tta_section title=”Apa itu ID Digital” tab_id=”1579728629464-47f77392-516f”][vc_single_image image=”2862″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Identiti Digital (ID Digital) merupakan suatu perwakilan yang unik mengenai identiti seseorang, yang digunakan untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan digital dan menjalankan transaksi secara dalam talian secara lebih selamat melalui proses pengesahan.
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) mentakrifkan ID Digital sebagai perwakilan digital untuk sesebuah entiti yang cukup terperinci untuk membezakan individu tersebut dalam konteks digital.
World Bank Identification for Development atau ID4D menganggap Identiti Digital sebagai satu set atribut yang disimpan, ditangkap secara elektronik dan kelayakan yang berupaya mengenal pasti seseorang secara unik.[/vc_column_text][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Digital ID Kebangsaan” tab_id=”1579728629492-c571085e-2966″][vc_single_image image=”2865″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Identiti Digital memainkan peranan penting sebagai pemangkin Ekonomi Digital melangkaui semua sektor, serta menyatukan perkhidmatan dan inovasi digital baharu demi kepentingan negara. Peningkatan jumlah perkhidmatan digital dalam Revolusi Industri Keempat (Industry 4.0) memerlukan identiti digital bagi pengalaman pengguna yang selamat dan mudah.
Pengguna perlu memberikan maklumat peribadi berulang-ulang kali ke pelbagai platform platform, dan lebih banyak maklumat dikongsi, lebih tinggi risikonya. Mereka juga perlu mengingati banyak nama pengguna dan kata laluan untuk mengawal maklumat pengenalan mereka untuk menjalankan pelbagai transaksi dalam talian.
Satu sistem pengesahan multimodal yang teguh, ditambah dengan rangkaian yang selamat dan boleh dipercayai diperlukan dalam sistem pengurusan identiti digital bagi memastikan pengguna boleh mengesahkan identiti mereka dengan privasi dan keselamatan yang terjamin. Ini akan menangani masalah berkaitan dengan kecurian dan penipuan identiti, yang merupakan kebimbangan utama dalam sektor awam dan swasta.
Ini menjadikan identiti digital satu prasyarat penting untuk mengakses perkhidmatan-perkhidmatan kritikal dan mengambil bahagian dalam sistem ekonomi, sosial dan politik moden.[/vc_column_text][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Manfaat-Manfaat ID Digital” tab_id=”1579728767479-dd9cca33-95b5″][vc_gallery type=”image_grid” images=”2867,2868,2869,2870,2871,2872,2873,2874″ img_size=”full”][vc_column_text]Peningkatan Pengalaman Pengguna
- Proses yang diperincikan dan konsisten dengan capaian yang lebih mudah kepada perkhidmatan kerajaan dan perniagaan.
- Contoh penggunaan: e-Wallet/dompet elektronik (Boost, Touch ‘n Go, GrabPay, dll), u-Pustaka
- Mewujudkan lebih banyak platform transaksi pembayaran mengikut kemudahan pengguna
- Platform yang lebih selamat dan mesra tanpa perlu hadir di kaunter secara fizikal
- Wadah perkongsian pengetahuan (sumber maklumat fizikal dan digital) di pelbagai agensi 4
Pilihan Pengguna
- Menyediakan mekanisme untuk membolehkan pengguna menggunakan ID Digital yang berpandukan dasar dan piawaian yang ditetapkan.
- Contoh penggunaan: e-Perbankan (CIMB Clicks, Maybank2u, dll)
- Pelbagai platform perbankan and transaksi kewangan secara selamat dan dilindungi
- Membolehkan pengguna memilih perkhidmatan perbankan yang diingini mengikut syarat-syarat dan keperluan tertentu
Perkhidmatan Dalam Talian Tambahan
- Lebih banyak perkhidmatan digital ‘bernilai tinggi’ disediakan dengan membolehkan pelbagai tahap jaminan.
- Contoh penggunaan: e-Perolehan (Kementerian Kewangan atau MOF)
- Sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan melalui Internet
- Ia juga berfungsi sebagai medium alternatif untuk pendaftaran pembekal dan pembaharuan sijil MOF
Peningkatan Privasi
- Pengurangan pendedahan maklumat peribadi yang tidak perlu dan peningkatan dalam persetujuan pengguna secara langsung, termasuk membolehkan pengguna mengawal dan menyimpan maklumat identiti mereka secara peribadi.
- Contoh penggunaan: e-Kesihatan (Malaysia Health Data Warehouse – MyHDW)
- Melindungi capaian kepada maklumat, rekod perubatan dan insurans kesihatan pesakit
- Mengeluarkan preskripsi perubatan oleh pengamal perubatan/doktor berdaftar
Pengurangan Penipuan dan Kecurian Identiti
- Kawalan dan proses identiti yang lebih kukuh untuk memerangi penyalahgunaan dan kecurian identiti.
- Contoh penggunaan: e-Hailing (Grab, MyCar, dll)
- Memastikan identiti pemandu dan penumpang adalah sah
- Mengelakkan pemandu e-hailing daripada menggunakan aplikasi yang palsu dan membuat penipuan GPS untuk memperdaya penumpang
- Mengelakkan daripada menggunakan banyak telefon dan akaun yang berbeza-beza
Pelaburan Kerajaan Yang Kos Efektif
- Keupayaan untuk Kerajaan terlibat dalam mengenal pasti ekosistem melalui cara yang kos efektif.
- Contoh penggunaan: Pembahagian Subsidi Dalam Talian (Bantuan Sara Hidup – BSH) – MOF
- Mengelakkan duplikasi pengguna berdaftar
- Memastikan hanya yang layak dipilih sebagai penerima subsidi
- Mempromosikan penjimatan kos, masa dan tenaga; serta menggalakkan suasana kerja tanpa kertas (paperless)
Pertumbuhan Ekonomi
- Membolehkan pertumbuhan dalam ekonomi digital dengan menyediakan penyelesaian digital dan infrastruktur yang sewajarnya.
- Contoh penggunaan: Pembayaran Cukai LHDN (e-Filing)
- Platform sehenti dalam urusan pemfailan dan pembayaran cukai bagi individu dan perniagaan
- Peruntukan sijil digital dan tanda tangan digital yang membolehkan tiada sangkalan (non-repudiation) dan privasi
Kecekapan Operasi
- Pengurangan dalam perbelanjaan berulang dan usaha merentasi pelbagai sektor serta meningkatkan perkongsian maklumat berdasarkan tadbir urus yang ketat dalam amalan terbaik persetujuan dan privasi.
- Contoh penggunaan: e-Penyata Gaji (Jabatan Akauntan Negara Malaysia)
- Satu platform untuk pekerja Kerajaan memeriksa maklumat gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan
[/vc_column_text][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Alamat Email Digital dan ID Digital” tab_id=”1579728799218-e46c3738-2458″][vc_column_text]Apakah perbezaan antara Alamat Email Digital dan ID Digital?
- MyEmail telah diumumkan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu sebagai satu saluran komunikasi digital antara kerajaan dan pengguna bagi mempertingkatkan capaian dan penghantaran perkhidmatan dan urusan kerajaan. Dalam skim ini, setiap rakyat Malaysia akan diberikan akaun e-mel unik untuk menerima penyata, bil dan notis daripada kerajaan.
- Rakyat Malaysia akan mendapat akses kepada saluran komunikasi terjamin kepada e-perkhidmatan kerajaan di peranti yang disambungkan kepada Internet dengan satu ID log masuk pengguna.
- Secara ringkasnya, projek MyEmail adalah projek peti surat digital oleh Kerajaan kepada pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut, sama ada mereka merupakan individu ataupun entiti perniagaan.
- Namun, projek berkenaan tidak menjadi dan ianya tiada lagi dalam perkhidmatan.
Sebaliknya ,
- ID Digital adalah perwakilan unik identiti seseorang yang digunakan untuk membolehkan akses kepada perkhidmatan digital dalam talian. ID Digital membolehkan identiti seseorang disahkan dalam talian untuk mencapai perkhidmatan dalam talian dan menjalankan transaksi secara selamat dan sulit. Skim peti surat digital boleh dijadikan contoh penggunaan ID Digital.
[/vc_column_text][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”ID Digital dan MyKad” tab_id=”1579728829533-5f16fdd0-30a0″][vc_column_text]Apakah perbezaan di antara ID Digital dan MyKad?
- ID Digital merupakan pewakilan identiti seseorang dalam talian, manakala MyKad merupakan identiti kebangsaan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk rakyat Malaysia dalam bentuk fizikal.
- ID Digital tidak akan menggantikan fungsi-fungsi sedia ada MyKad dan MyKid, dan penggunaan ID Digital adalah secara sukarela.
- ID Digital akan menjadi identiti dalam talian yang dipercayai yang membolehkan pelbagai transaksi dalam talian secara selamat dan peribadi pada bila-bila masa, di mana sahaja dan menggunakan sebarang peranti elektronik.
- MyKad adalah pengenalan kebangsaan yang mengesahkan jika seseorang itu adalah warganegara Malaysia, sementara ID Digital adalah identiti yang telah disahkan dan menggalakkan kepercayaan terhadap perkhidmatan dalam talian, dan seterusnya menghapuskan unsur-unsur pemalsuan dan penipuan.
- Dengan pengeluaran ID Digital untuk rakyat Malaysia, MyKad boleh dimanfaatkan sebagai ‘sumber kebenaran’ untuk pengesahan identiti seseorang kerana ia mempunyai maklumat sebenar seseorang.
(SIARAN AKHBAR)[/vc_column_text][/vc_tta_section][/vc_tta_tour][/vc_column][/vc_row]