[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”7866″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]SIMANGGANG: Sejumlah 700 Program Info Wheels Merdeka dirancang oleh Jabatan Penerangan Negeri Sarawak sempena sambutan Bulan Kebangsaan Ke-63 tahun ini.
Program tersebut bertujuan membolehkan Jabatan Penerangan Negeri menyampaikan mesej mengenai pentingnya menghargai jasa tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada masa dahulu.
“Selain itu, pihak kita menerusi Program Info Wheels Merdeka juga mengajak masyarakat untuk menikmati dan mempertahankan hasil kemerdekaan yang sedang dikecapi sekarang.
“Kemerdekaan ini boleh dipertahankan oleh masyarakat dengan mengekalkan perpaduan dan keharmonian sedia terjalin,” kata Pengarah Penerangan Sarawak, Suwaidi Guliling.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Info Wheels Merdeka 2020 di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar di sini semalam.
Suwaidi memberitahu Jabatan Penerangan Malaysia turut mengedar risalah dan buku mengenai kenegaraan kepada rakyat bagi menjayakan Program Info Wheels Merdeka itu.
“Program Info Wheels pada mulanya memberi lebih banyak fokus terhadap usaha mengekang penularan pandemik Covid-19 sebelum ia beralih kepada sambutan kemerdekaaan negara.
“Kita akan terus mengadakan Program Info Wheels di negeri ini bergantung kepada keadaan semasa bagi menyampaikan maklumat secara dekat dan tepat kepada masyarakat,” kata beliau.
Hadir sama Pegawai Daerah Sri Aman, Mohd Ashree Wee, Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Muhammad Alwi dan pemangku Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Jesseca Gilbert Bunsu.
Suwaidi bersama tetamu jemputan pada program itu menyerahkan bendera mini Jalur Gemilang dan bahan penerbitan kepada ahli Kelab Geng Moto Sri Aman dan kepada pengguna kenderaan.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]