JAPEN SABAH PASTIKAN SEMUA SALURAN MAKLUMAT SAHIH DAN TEPAT

Kategori: Liputan Berita 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”7893″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]SEMPORNA: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah akan sentiasa memastikan segala maklumat yang diberikan oleh pihaknya adalah sahih, tepat dan berkesan untuk rujukan kepada semua masyarakat di negeri ini.

Pengarah Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka berkata, pihak jabatan menzahirkan rasa terima kasih kepada semua lapisan masyarakat yang sentiasa mengikuti dan mendapatkan maklumat daripada pihak Jabatan Penerangan.

“Pihak kami melihat masyarakat sudah mula mendapatkan maklumat daripada pelbagai platform jabatan termasuklah dalam aplikasi media sosial JaPen seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

“Masyarakat juga boleh mengunjungi semua pusat maklumat rakyat yang ada di setiap Pejabat Penerangan Daerah untuk mendapatkan maklumat semasa dan berkaitan terutamanya yang melibatkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri pelancaran program merdeka, Komuniti ‘Info On Wheels’ Merdeka (IOW Merdeka) peringkat daerah Semporna, di sini.

Mengulas mengenai Bulan Kemerdekaan, beliau berkata rakyat di negeri ini tidak menjadikan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini sebagai penghalang untuk meraikannya.

“Pihak kami mendapati sambutan kibar Jalur Gemilang kurang memberangsangkan kerana masyarakat masih berhati-hati dan takut dengan penularan COVID-19.

“Walaupun wabak masih ada, kita tidak seharusnya melupakan sambutan yang penting ini kerana sambutannya boleh diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Norzawiyah berkata, pihak jabatan komited dalam usaha menanam semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negeri ini dengan pelaksanaan 500 program iaitu 20 program bagi setiap daerah.

“Kami usahakan supaya semangat jati diri serta patriotisme dalam kalangan masyarakat terus menebal dan diterjemahkan dengan tindakan sekurang-kurangnya mengibarkan sehelai Jalur Gemilang tanpa ada rasa paksaan.

“Memang kita akui bukan mudah untuk menerapkan jiwa patriotik ini namun dengan semangat dan kesedaran yang ada, kita gembleng bersama agar keamanan negara kita terus terpelihara untuk kesejahteraan rakyat pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, majlis itu turut menyampaikan bendera Malaysia kepada ketua-ketua jabatan daerah Semporna dan menampal pelekat Jalur Gemilang di kenderaan jabatan.

Sementara itu Pegawai Daerah Semporna Benedict Asmat yang diwakili Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Mohd Azmiee Anuar Minduru berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada semua premis perniagaan, agensi kerajaan dan kawasan perumahan untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

“Pematuhan terhadap arahan ini dalam keadaan baik, dan kami sedia membantu untuk menjayakan program dilaksanakan kerana secara tidak langsung akan membabitkan masyarakat di daerah ini serta menanam semangat patriotik masyarakat,” katanya.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]