JULAIHI AJAK RAKYAT HARGAI KEMERDEKAAN

Kategori: Liputan Berita 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”7929″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KUCHING: Sejak merdeka, Sarawak khasnya dan Malaysia amnya telah banyak mengalami perubahan lebih-lebih lagi dari segi kemudahan infrastruktur.

Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infastruktur Datuk Julaihi Narawi berkata pembinaan jalan penghujung seperti jalan pesisir, pembinaan jambatan serta jalan raya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang seterusnya banyak mengubah landskap pembangunan Sarawak.

“Pembangunan seperti ini sudah tentu turut berlaku di kawasan pesisir, seperti Sebuyau,” katanya ketika berucap pada Program Merdeka @ Komuniti Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau di Sebuyau, semalam.

Julaihi yang juga ADUN Sebuyau berkata sehubungan itu rakyat Sarawak patut berasa bangga sebagai warganegara Malaysia yang merdeka.

Sarawak ujarnya sebagai salah satu pengasas negara Malaysia pada tahun 1963 dan rakyat negeri ini perlu menghormati dan berasa bangga serta mengibar Jalur Gemilang bersama bendera Sarawak Ibu Pertiwiku.

“Bendera-bendera ini mesti dikibar pada posisi yang betul sebagai tanda bangga , hormat dan cinta kita kepada negara dan negeri.

“Bendera Jalur Gemilang dan Sarawak juga diedar secara percuma dengan meluas di semua tempat bagi menanam rasa cinta kepada negeri dan negara lebih-lebih lagi supaya setiap rakyat dapat mengenali bendera Jalur Gemilang dan bendera Sarawak, yang sebenar bukannya bendera lama atau bendera zaman penjajah,” katanya.

Malah ujarnya bendera Jalur Gemilang dan bendera Sarawak boleh dikibat di rumah, kampung, rumah panjang  dan bot-bot nelayan yang berada di perairan ketika menangkap ikan.

Julaihi berkata sempena sambutan merdeka pada tahun ini, Sarawak mahukan hak-haknya seperti di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sarawal Aziz Abdul Rahman, Pegawai Tadbir Negeri Pejabat Daerah Kecil Sebuyau Ajis Ahmad, Pegawai Penerangan Daerah Simunjan dan ketua-ketua masyarakat di sekitar Sebuyau.

 

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]