KDN AKAN TAMBAH BAIK KEMUDAHAN, SISTEM PENCAHAYAAN DI CIQ BSI

Category: Infografik 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”3361″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]JOHOR BAHRU, 4 Feb — Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan usaha penambahbaikan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) setelah mengambil alih pengurusan bangunan itu mulai 1 Januari tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya menerima peruntukan sebanyak RM85 juta daripada Kementerian Kewangan untuk usaha menambah baik kemudahan-kemudahan di bangunan berkenaan.

Sebelum ini, bangunan itu di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri.

“Kita sudah ambil alih semua sekali, jadi pengurusan bangunan ini di bawah KDN, jadi kita akan lihat apa yang patut ditambah baik termasuk sistem pencahayaan, kawalan keselamatan serta kemudahan-kemudahan lain termasuk tandas untuk pengguna,” katanya kepada pemberita selepas meninjau saringan kesihatan di bangunan berkenaan, di sini, hari ini.

Untuk pencahayaan sahaja, kos untuk menambah baik sistem pencahayaan di beberapa tempat di bangunan itu dijangka sebanyak RM5 juta, kata Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Keputusan Kabinet Menangani Kesesakan Tambak Johor.

Menyentuh mengenai cadangan laluan pejalan kaki berbumbung, beliau menyambut baik cadangan itu.

Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan mahu berunding dengan PLUS Malaysia Bhd dan kerajaan negeri berkaitan pembiayaan projek yang dijangka menelan sebanyak RM30 juta, satu jumlah yang dilihat agak besar.

Sementara itu, Muhyiddin turut menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Pertemuan selama 30 minit itu menyentuh beberapa perkara yang pernah dibangkitkan baginda dua bulan lepas berkaitan keselamatan serta keselesaan pengguna dan pejalan kaki di CIQ BSI, menerusi satu kenyataan yang dimuat naik melalui Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KDN Datuk Jamil Rakon.

Pada Disember lepas, Sultan Ibrahim telah menegur sistem pencahayaan Kompleks CIQ BSI, kerana bimbang dengan keselamatan pengguna dan pejalan kaki.

Sultan Johor mahu sistem pencahayaan di Kompleks CIQ BSI yang gelap atau kelam ketika ini segera ditambah baik demi keselamatan dan keselesaan pengguna memandangkan ia membabitkan kepentingan ribuan rakyat yang setiap hari berulang-alik kerja dari Johor Bahru ke Singapura.

— BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1811331[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]