[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”2952″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Pada mesyuarat International Health Regulations (IHR) Emergency Committee buat kali kedua pada 30 Januari 2020, Ketua Pengarah WHO telah bersetuju untuk mengisytiharkan wabak 2019-nCoV sebagai Public Health Emergency of International Concern (Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa – PHEIC). Untuk makluman, langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon yang sedang dilaksanakan oleh KKM adalah selaras dengan saranan pihak WHO. Berhubung perkembangan terkini kejadian 2019-nCoV di Malaysia, sehingga 1 Februari 2020 jam 12 tengahari, tiada pertambahan kes positif 2019-nCoV. Jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV yang dilaporkan kekal lapan (8) kes.
KKM mengambil maklum penularan di media sosial baru-baru ini mengenai seorang pesakit disyaki 2019-nCoV yang enggan diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di sebuah hospital di Selangor. Setelah pihak hospital membuat laporan polis, pesakit disyaki ini telah berjaya dikesan dan dimasukkan ke dalam wad untuk siasatan dan rawatan. Keputusan sampel klinikal yang diambil pada 31 Januari 2020, dilaporkan negatif 2019-nCoV.
Baca dengan lebih lanjut di https://kpkesihatan.com/2020/02/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-februari-2020-situasi-terkini-jangkitan-2019-novel-coronavirus-2019-ncov-di-malaysia/[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]