[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”3456″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]PUTRAJAYA: Penamatan perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi projek lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan berkuat kuasa pada 20 Februari ini.
Susulan penamatan khidmat PDP, kerajaan akan meneruskan projek lebuh raya terbabit mengikut pendekatan konvensional.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata menerusi penamatan perjanjian PDP ini, kerajaan dapat mengurangkan kos perbelanjaan projek ini daripada RM21.857 bilion kepada RM18.846 bilion, penjimatan sebanyak RM3.1 bilion.
Katanya, penjimatan RM3.1 bilion daripada projek ini apabila ia siap, akan digunakan untuk projek infrastruktur lain di Sarawak.
— BERITA HARIAN https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/653219/kerajaan-jimat-rm31-bilion-kerana-tamatkan-khidmat-pdp-pan-borneo[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]