KERAJAAN SASAR PENGGUNA PAS MY100 DAPAT JIMAT RM100 JUTA TAHUN INI

Category: Infografik 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”2232″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan membantu menjimatkan wang rakyat yang menggunakan pengangkutan awam membuahkan hasil dan kini kerajaan menyasarkan pengguna pas perjalanan tanpa had My100 dapat menikmati penjimatan kira-kira RM100 juta tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, hari ini berkata, bagi tahun lalu sahaja, pengguna pas itu dapat menikmati penjimatan sebanyak RM47.38 juta apabila jumlah tambang yang mereka bayar adalah RM75.76 juta berbanding dengan harga tambang sebenar RM123.14 juta.

Sebanyak 1.17 juta pas itu dijual dengan 110,000 pengguna konsisten setiap bulan direkodkan pada tahun lalu, katanya.

“Secara purata, nilai yang digunakan adalah lingkungan RM1,000 setiap bulan, bayangkan pengguna hanya bayar RM100 berbanding kos RM1,000. Penjimatan sebanyak 90 peratus. Ini penjimatan amat ketara.

“Tahun ini kita akan lonjak pembeli yang konsisten kepada 200,000 setiap bulan dan sasaran kita adalah untuk membantu menjimatkan wang rakyat,” katanya pada sidang media di sini.

Loke berkata antara strategi untuk menarik pengguna melanggan My100 ialah memasarkan kepada syarikat korporat kerana terdapat pejabat korporat terletak berdekatan dengan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar ibu negara.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak pengurusan Prasarana dan meminta mereka menubuhkan unit pemasaran untuk berurusan terus dengan syarikat yang mana pejabat mereka dekat dengan perkhidmatan pengangkutan awam,” katanya.

Dalam pada itu, Loke berkata, bagi pas perjalanan tanpa had My50, sebanyak 1.7 juta transaksi penggunaan pas dicatatkan dengan penjimatan berjumlah RM786,000 manakala Pas Mutiara pula sebanyak 455,000 transaksi dan pengguna menikmati penjimatan RM343,000.

Pas perjalanan tanpa had My100 digunakan sepenuhnya mulai 31 Disember 2018 bagi membolehkan rakyat menggunakan tanpa had semua perkhidmatan disediakan oleh Rapid KL daripada monorel, LRT, MRT, Bas Rapid Transit, bas pengantara MRT dan semua bas ganti-ganti Rapid KL dengan hanya membayar RM100 untuk tempoh perjalanan selama 30 hari.

– BERNAMA[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]