KORONAVIRUS DI IPOH YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL TIDAK BENAR – DR NOOR HISHAM

Kategori: 2019-nCoV

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”3044″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KUALA LUMPUR, 25 Jan — Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menafikan berita yang tular di media sosial kononnya kes novel koronavirus (2019-nCoV) telah dikesan di Ipoh.

Beliau berkata cerita di media sosial kononnya seorang pelajar dari Wuhan yang kembali ke Malaysia dan telah masuk wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kerana positif 2019-nCoV adalah tidak benar.

Keputusan ujian makmal IMR mengesahkan negatif untuk 2019-nCoV, katanya.

“Saya ingin sarankan agar netizen di media sosial jangan tularkan dan cetuskan berita palsu yang tidak benar atau belum disahkan,” katanya dalam laman Facebook, hari ini.

— BERNAMA[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]