[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”3426″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KUCHING: Jabatan Penerangan Malaysia akan mengedarkan risalah melalui program ‘Info on Wheels’ bagi menyalurkan maklumat berhubung novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di sekitar bandar Sibu, esok.
Jabatan itu menerusi satu kenyataan hari ini memberitahu, ia sebagai langkah meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat melalui unit bergeraknya.
Program itu dijangka akan dihadiri Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling dan Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak, Swady Guliling.
Manakala pada malam 13 Februari ini, Swady dijangka akan menghadiri program program ‘Gong Xi Fa Cai @ Komuniti‘ anjuran JaPen dengan kerjasama Komuniti Harapan Malaysia Sarikei.
Ahli Parlimen Sarikei, Wong Lee Biu dijangka hadir.
Program itu diadakan dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan, kemakmuran dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negeri ini, kata kenyataan itu.
-UTUSAN BORNEO-[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]