LYNAS NAFI TAPAK PELUPUSAN BUKIT KETAM DALAM KAWASAN TADAHAN

Category: Infografik 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”3459″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]PETALING JAYA: Lynas Malaysia nafi tapak di Bukit Ketam, Pahang yang dikenalpasti untuk fasiliti pelupusan tetap (PDF) terletak dalam kawasan tadahan.

Katanya dalam kenyataan media, aktivis anti-Lynas membuat kenyataan yang tidak maklum dan mengelirukan mengenai kesan Bukit Ketam pada bekalan air Kuantan.

“Pakar-pakar luaran mengesahkan tapak di Bukit Ketam bukan dalam kawasan tadahan.

“Kajian pakar menunjukkan PDF boleh dibina dengan memastikan tiada laluan untuk bahan mencapai bekalan air,” katanya hari ini.

Pengeluar nadir bumi itu kesal dengan tingkah laku aktivis, mengatakan kenyataan tidak benar dan tuduhan yang mengapi-apikan oleh mereka kelihatan seperti berniat untuk mengelirukan rakyat.

Ia menjelaskan kerajaan Pahang membuat kajian yang cermat sebelum mengizinkan PDF untuk sisa pembersihan pelunturan air (WLP) Lynas dibina di Bukit Ketam.

“Surat keizinan yang diterima daripada kerajaan negeri antara kriteria penting yang ditetapkan kerajaan untuk pembaharuan lesen operasi Lynas,” katanya.

Kilang Lynas merupakan fasiliti nadir bumi terbesar di luar China.

Lynas berkata bursa Australian Securities Exchange (ASX) dimaklumkan tentang keizinan kerajaan negeri itu.

“Sebelum pembinaan fasiliti penyimpanan, kerja lanjut akan dilaksanakan mengikut garis panduan antarabangsa dan keperluan pengawalseliaan,” katanya.

Lynas berkata ia akan terus melibatkan semua pemegang taruh, termasuk kerajaan negeri dan persekutuan, pihak berkuasa kawal selia dan masyarakat dalam setiap langkahnya.

Ia menambah 4 penilaian saintifik bebas mendapati Lynas Malaysia berisiko rendah dan mematuhi semua peraturan berkenaan, termasuk penilaian saintifik oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam laporan 2014.

Bukit Ketam terletak berdekatan sempadan Terengganu, terletak lebih 30km di utara Kuantan.

Selepas Bukit Ketam diumumkan sebagai tapak PDF Lynas, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, seorang pengkritik projek itu, mendakwa ia boleh mencemar bekalan air dan berkata penilaian kesan alam sekitar yang terperinci masih belum dijalankan.

Lynas melantik Gading Senggara Sdn Bhd untuk menguruskan seluruh projek PDF, termasuk reka bentuk, pembinaan, dan operasi, dengan bayaran dianggarkan AS$98 juta (RM400 juta).

–FREEMALAYSIATODAY

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/06/lynas-nafi-tapak-pelupusan-bukit-ketam-dalam-kawasan-tadahan/[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]