Malaysia Now, 3 Julai 2023, Lantang Kritik Kerajaan, Satu Lagi Portal Disekat

Category: Liputan Berita 2023

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”24968″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]seorang pengulas politik terkenal Malaysia membidas menteri yang bertanggungjawab ke atas perkhidmatan internet di negara ini selepas laman sesawangnya disekat akses secara senyap, sama seperti sekatan 48 jam yang dikenakan terhadap portal berita MalaysiaNow baru-baru ini yang mendapat bantahan daripada beberapa pihak.

Raja Petra Kamarudin yang mengendalikan laman Malaysia Today selama lebih sedekad menyifatkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebagai seorang yang hipokrit.

“Bila jadi pembangkang, menjerit tentang kebebasan bersuara.

“Bila jadi kerajaan, sekat Malaysia Today.”

Ini merupakan siri kritikan terbaru terhadap Fahmi, yang sejak beberapa bulan kebelakangan ini menyerang media serta mengancam tindakan ke atas pengkritik kerajaan.

Raja Petra, yang melarikan diri bagi mengelakkan daripada ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2009, memberitahu MalaysiaNow beliau menyedari laman sesawangnya tidak boleh diakses oleh sebahagian besar pembaca pada pertengahan bulan lalu.

Ujian di laman sesawang Open Observatory of Network Interference (Ooni) mengesahkan bahawa Malaysia Today disekat akses kepada pengguna sekurang-kurangnya dua penyedia perkhidmatan internet (ISP) utama di Malaysia – Maxis dan Celcom.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]