Post Date: 1 January 2020
[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”2331″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]
- Dana pembiayaan berjumlah RM1 bilion akan ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu akses pinjaman perumahan bagi kumpulan sasaran yang berpendapatan isi rumah tidak lebih dari RM2,300 sebulan memiliki rumah pertama yang berharga sehingga RM150,000;
- Pengecualian duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi tempoh dua tahun sehingga Disember 2019 bagi pembeli rumah pertama bernilai RM500,000;
- Bagi pembeli rumah pertama dengan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000, Kerajaan akan memperuntukkan RM25 juta kepada Cagamas Berhad untuk menyediakan jaminan pajak gadai bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan yang lebih tinggi termasuk bayaran deposit;
- Memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam sehingga 35 tahun;
- Memperkenalkan mekanisme property crowd funding sebagai salah satu platform untuk meningkatkan pemilikan rumah mampu milik untuk pembeli rumah pertama.
- Home Ownership Campaign atau HOC 2019 adalah satu inisiatif dari pihak Kerajaan yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2019 pada November tahun lalu. Ia bertujuan untuk merangsang pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia, sekaligus menjana pendapatan negara. Melalui kempen ini, pembeli akan mendapat pengecualian bagi pembayaran duti setem disamping diskaun sekurang-kurangnya 10% di atas harga rumah. Kempen ini yang berlangsung selama enam bulan telahpun bermula pada 1 Januari 2019 dan akan berakhir pada 30 Jun 2019.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]