[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”8693″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Datuk Mohd. Sukari Ab. Hamid telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Penerangan yang baharu.
Beliau menggantikan Roselindawati Abdul Rahman yang telah bersara wajib pada 17 November.
Datuk Mohd Sukari, 59 tahun, yang dilahirkan di Kedah telah memulakan kerjaya sebagai Pegawai Penerangan di Ibu Pejabat, Jabatan Penerangan Malaysia sejak tahun 1987.
Beliau juga telah diberikan kepercayaan sebagai Pengarah Penerangan Negeri Kedah pada 2003 dan Pengarah Bahagian Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan pada 2009.
Kredibiliti dan pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan komunikasi strategik, perhubungan awam dan pengurusan pentadbiran melayakkan beliau dilantik sebagai Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik di Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada September 2012.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]