[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”3621″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]PUTRAJAYA: Pakej rangsangan yang dicadangkan untuk meningkatkan ekonomi negara akan diumumkan pada akhir Februari atau awal Mac untuk mengurangkan impak penularan novel coronavirus 2019, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata Kementerian Kewangan (MoF) sudah mengadakan mesyuarat selama tiga jam semalam dengan penggiat industri tempatan untuk mendapatkan input dan siri mesyuarat yang selanjutnya dengan perniagaan tempatan akan turut diadakan.
“Kami perlu mendapatkan input daripada semua pihak,” katanya ketika ditanya mengenai pakej rangsangan ekonomi selepas mengumumkan perluasan Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat, mySalam, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, timbalannya Dr Lee Boon Chye dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.
Ahad lalu, Guan Eng berkata, MoF akan menentukan anggaran tempoh penularan coronavirus untuk menentukan jumlah pakej rangsangan ekonomi.
Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Isnin, berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melancarkan pakej rangsangan ekonomi bagi meningkatkan ekonomi tempatan berikutan cabaran yang dihadapi akibat daripada penularan pantas coronavirus.
Perdana Menteri berkata industri pelancongan adalah sektor yang paling terjejas akibat daripada penularan virus itu kerana ia mempunyai kesan langsung kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. – BERNAMA[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]