PELAN GENTIAN OPTIK DAN KESALINGHUBUNGAN NEGARA (NFCP) 2019-2023

Category: Infografik 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_tta_tour style=”flat” shape=”square” active_section=”1″][vc_tta_section title=”Pengenalan” tab_id=”1579727598879-4e998a74-378f”][vc_single_image image=”2595″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara The National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) dirangka bagi memenuhi keperluan negara dalam meningkatkan kualiti dan liputan jalur lebar, mengurangkan harga jalur lebar dan menyediakan akses jalur lebar untuk semua lapisan masyarakat.

Infrastruktur komunikasi terutamanya rangkaian fiber diperlukan bagi menyokong agenda ekonomi digital, dan membolehkan semua rakyat memanfaatkan peluang dan meneroka teknologi dan inovasi terkini.

Fokus kepada hala tuju strategik untuk pelaksanaan dasar dan inisiatif disamping mewujud persekitaran yang kondusif bagi memudahkan adaptasi teknologi masa hadapan:

  • Menangani isu-isu yang menghalang ketersediaan kesalinghubungan digital yang berkualiti tinggi dan mampu milik secara meluas;
  • Menyokong keperluan Negara pada masa hadapan dan memanfaatkan peluang-peluang yang ditawarkan oleh perkhidmatan / teknologi baharu;
  • Memperjelaskan hala tuju strategik bagi menyokong ekonomi digital dan penggunaan teknologi masa hadapan; dan
  • Pelan pelaksanaan selama 5 tahun [ 2019 – 2023].

[/vc_column_text][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Impak” tab_id=”1579727598901-f74926a4-8d9a”][vc_gallery type=”image_grid” images=”2589,2590,2591,2592,2593″][vc_column_text]Impak – Kepentingan Jalur Lebar Dalam Memacu Ekonomi Digital Malaysia

Kesan positif rangkaian komunikasi kepada rakyat

Jaringan gentian optik berkelajuan tinggi memberi manfaat secara am kepada pengguna, perniagaan dan perkhidmatan awam. Potensi kesan positif kepada alam sekitar hasil daripada urusan atas talian tanpa perlu keluar dari rumah.

 

Impak Pelaksanaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (Ultrafast Broadband )

Menarik perniagaan baharu dan meningkatkan peluang pekerjaan termasuk di kawasan luar bandar selain mengurangkan kadar migrasi ke bandar. Pelaksanaan jalur lebar menyeluruh memberi kesan positif kepada pertumbuhan GDP. Jalur lebar merupakan utiliti yang penting ke arah pertumbuhan ekonomi negara.

“A 10 percentage point increase in fixed broadband penetration would increase GDP growth by 1.21% in developed economies and 1.38% in developing ones.”* Pertumbuhan KDNK Malaysia berdasarkan 1.38% dianggarkan sebanyak RM17.9 bilion (USD4.3 billion).

*Sumber: World Development Report 2016, Worldbank

NFCP – “Memangkin Pertumbuhan Ekonomi Masa Hadapan”[/vc_column_text][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Matlamat” tab_id=”1579727661867-0a8bb2b5-055f”][vc_single_image image=”2594″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Kesalinghubungan digital yang mapan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik bagi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.[/vc_column_text][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Strategi” tab_id=”1579727706774-5899f750-d2a8″][vc_single_image image=”2588″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]• Mengurus dana untuk NFCP dari pelbagai sumber dengan berhemah dan lestari (sustainable), dan menggunakan dasar-dasar dan instrumen-instrumen kawal selia yang berkaitan, di mana perlu;

PELAN TINDAKAN

1. Penilaian tentang mekanisma pembiayaan yang sesuai

2. Menyokong akses kepada perkhidmatan jalur lebar yang lebih meluas dengan menilai dan menggalakkan komponen yang dikenalpasti

3. Kajian semula rangka kerja Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS)

4. Menambahbaik peruntukan persaingan sedia ada dan instrumen perundangan seperti Kod, Standard dan lain-lain di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

• Mengoptimumkan pembangunan dan penyediaan infrastruktur digital di seluruh negara, dan menyelesaikan kekangan-kekangan yang berkaitan;

PELAN TINDAKAN

5. Menangani isu pemerolehan tapak / hak laluan (RoW)

6. Menaiktaraf infrastruktur sedia ada dan menambahbaik penyediaan infrastruktur baharu

7. Menggalakkan perkongsian infrastruktur

8. Mengoptimum peruntukan spektrum

9. Memudahcara perkhidmatan / teknologi masa hadapan

10. Pengukuran kelajuan / kualiti perkhidmatan jalur lebar yang efektif

11. Menggalakkan persaingan dan memacu pelaburan (bagi aktiviti-aktiviti utama yang strategik)

12. Kajian semula strategik pasaran komunikasi

• Meningkatkan kesalinghubungan di sektor-sektor sosioekonomi berimpak tinggi seperti pendidikan, pertanian dan penjagaan kesihatan, perusahaan kecil dan sederhana serta kawasan kurang liputan; dan

PELAN TINDAKAN

13. Menggalakkan pelaburan dalam kabel dasar laut dan penyediaan pusat pendaratan di Malaysia. Menambahbaik kesalinghubungan kabel dasar laut antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak secara signifikan.

• Menghubungkan rangkaian serantau dan antarabangsa dengan rangkaian domestik secara meluas.

PELAN TINDAKAN

14. Menggalakkan pertumbuhan yang seimbang di semua negeri

15. Inisiatif-inisiatif spesifik untuk Sabah dan Sarawak

16. Penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk memastikan liputan jalur lebar seluruh negara yang menyokong keperluan sektor-sektor sosio-ekonomi berimpak tinggi seperti pendidikan, pertanian dan penjagaan kesihatan (healthcare), perusahaan kecil dan sederhana serta kawasan kurang liputan

17. Memastikan ketersediaan rangkaian gentian optik untuk kawasan-kawasan utama seperti sekolah, hospital, perpustakaan, balai polis dan pejabat pos[/vc_column_text][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”7 Sasaran NFCP” tab_id=”1579727682061-7208ab83-15b5″][vc_single_image image=”2584″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]

  • Pakej permulaan jalur lebar talian tetap pada kadar 1% Pendapatan Negara Kasar (PNK/GNI) menjelang tahun 2020;
  • Ketersediaan kelajuan Gigabit di kawasan perindustrian terpilih menjelang tahun 2020 dan ke semua Ibu Negeri menjelang tahun 2023;
  • 100% premis di Ibu Negeri & kawasan berimpak tinggi terpilih tersedia dengan capaian minima 500Mbps menjelang tahun 2021;
  • 20% premis di kawasan pinggir bandar dan luar bandar tersedia dengan capaian sehingga 500Mbps menjelang tahun 2022;
  • Rangkaian gentian optik meliputi 70% sekolah, hospital, perpustakaan, balai polis dan pejabat pos menjelang tahun 2022;
  • Kelajuan purata 30Mbps di 98% kawasan berpenduduk menjelang tahun 2023; dan
  • Penambahbaikan kepada liputan perkhidmatan mudah alih di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo (setelah selesai pembinaan).

[/vc_column_text][/vc_tta_section][/vc_tta_tour][/vc_column][/vc_row]