[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”3295″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KULAI, 2 Feb — Kerajaan negeri menyifatkan pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd mulai semalam, merupakan berita gembira buat rakyat di negeri ini terutama mereka yang bekerja di Singapura.
Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata langkah baik kerajaan Persekutuan itu juga sekali gus dilihat dapat membantu mengurangkan beban pengguna jalan raya.
“Semua sedia maklum, ramai rakyat Johor yang bekerja di Singapura dan mereka menggunakan lebuh raya…jadi pengurangan kadar tol ini merupakan satu berita baik kepada rakyat Johor,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri Bukit Batu, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS termasuk Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) yang merupakan antara laluan utama ke Singapura selain Tambak Johor.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Batu Jimmy Puah Wee Tse yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri.
— BERNAMA
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1810935[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]