[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”3449″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KUALA LUMPUR: PERKESO menarik balik arahan kemudahan dialisis perlu mengikut syarat baharu kelayakan caruman yang ditetapkannya, berkuat kuasa serta merta.
Penarikan balik arahan itu membolehkan semua pencarumnya yang layak, termasuklah penerima bantuan ilat menerima kemudahan bantuan dialisis secara percuma seperti mana sebelum ini.
“Selepas mempertimbangkan kebajikan pencarum dan saranan daripada (Yang Berhormat) Menteri Sumber Manusia, Lembaga PERKESO mengambil keputusan untuk menarik balik arahan itu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
PERKESO menjelaskan, melalui Arahan AKSP Bil. 1/2020 yang berkuat kuasa pada 10 Januari lalu, kemudahan dialisis perlu mengikut syarat baharu kelayakan caruman yang ditetapkan.
Syarat itu selari dengan prinsip perlindungan sosial dan kemampanan dana keselamatan sosial untuk masa hadapan.
“Arahan itu masih membolehkan sebilangan besar pencarum PERKESO untuk terus menikmati kemudahan dialisis, akan tetapi terdapat sebahagian daripada pencarum yang tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Perkara ini pastinya akan membebankan pesakit buah pinggang, apatah lagi pembiayaan bagi rawatan dialisis adalah terhad pada ketika ini,” katanya.
— BERITA HARIAN
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/653223/perkeso-tarik-balik-syarat-baharu-kemudahan-dialisis-untuk-pencarum[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]