PERTANDINGAN SEMPENA BULAN KEBANGSAAN: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA TERIMA LEBIH 8,000 PENYERTAAN

Category: Liputan Berita 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”8253″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]PUTRAJAYA, 10 Oktober – Lebih 8,000 penyertaan diterima Jabatan Penerangan Malaysia menerusi pertandingan Sempena Bulan Kebangsaan yang lalu.

Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori iaitu mewarna, melukis dan fotografi Klik @ Merdeka 2020.

Pertandingan Mewarna dan Melukis Sempena Bulan Kebangsaan 2020 diadakan bertujuan menyemai semangat cintakan negara melalui lukisan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia antara lima dan 17 tahun.

Manakala Pertandingan Fotografi Klik@Merdeka 2020 pula diadakan bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk berkarya melalui seni fotografi dan nukilan kenegaraan.

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu swafoto seorang individu dan berkumpulan dengan tema ‘Kita Luahkan Inspirasi Kemerdekaan’.

Antara pemenang bagi pertandingan Fotografi Klik@Merdeka 2020 termasuklah jurukamera RTM, Mohd Hafizol Ramli yang dinobatkan sebagai naib johan bagi kategori tersebut dan membawa pulang RM500.

Pemenang Pertandingan Mewarna dan Melukis menerima wang tunai RM100 hingga RM600 beserta sijil.

Pemenang Pertandingan Fotografi Klik@Merdeka 2020 pula menerima wang tunai daripada RM300 hingga RM1,500, plak dan sijil penyertaan.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]