[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”23849″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]
IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia kategori emas, bersempena kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 yang berlangsung di sini pada Ahad.
Penyerahan kad media kepada Perdana Menteri itu dilakukan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebagai menghargai usaha Anwar dalam mengangkat martabat kebebasan media di Malaysia.
Turut hadir pada sesi penyerahan di reruai Jabatan Penerangan itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Roslan Ariffin.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]