PM terima kad media, simbolik usaha martabat kebebasan media

Category: Liputan Berita 2023

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”23830″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menerima Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia kategori emas, sempena kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di sini hari ini.

Penyerahan kad media kepada Perdana Menteri itu dilakukan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, sebagai menghargai usaha Anwar dalam mengangkat martabat kebebasan media di Malaysia.

Turut hadir pada sesi penyerahan di reruai Jabatan Penerangan itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching serta Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Roslan Ariffin.

Kad Perakuan Media adalah dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kepada pengamal media daripada agensi dan syarikat media yang didaftarkan dan diperakukan kerajaan secara rasmi melalui Jabatan Penerangan Malaysia untuk sesuatu tempoh ditetapkan.

Majlis Media Malaysia berperanan kekang berita palsu, jaga kebajikan pengamal mediaSultan Perak sertai majlis santapan bersama 300 media sempena HAWANA.

Terdapat lima kategori warna kad dikeluarkan iaitu hijau yang mewakili media rasmi kerajaan, biru mewakili media tempatan (cetak dan elektronik), kelabu (media digital), merah (media antarabangsa) dan emas (pegawai penyelaras media).

Purata tahunan pengeluaran bagi permohonan baharu dan memperbaharui Kad Perakuan Media oleh pengamal media di Malaysia adalah 3,000 keping setahun. – BERNAMA[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]